
Mungkin kita perlukan kegawatan ekonomi, kita patut berterima kasih kepada Soros, mungkin negara ini perlu dihumbankan ke dalam gaung, segala-galanya jadi porak peranda, kerana derita akan menyatukan kita. . -cerpen "Buana Serpih Angkasa" Kita tidak pernah berasa cuak mengapa Singapura membeli kapal selam, anti roket, Amraam, pesawat E-2C Hawk untuk mempertahankan diri, mempertahankan diri daripada apa? Pada 2002 apabila Singapura menambak lautnya ia terlalu menghampiri Pusat Latihan Tentera Laut kita di Tanjung Pengelih dan kita mendiamkan diri juga. -cerpen "Halle Berry"