Lana Darwisya merupakan penulis muda yang gemar berkongsi di Facebook mengenai perjalanan beliau sebagai seorang autistik. Beliau juga diberi gelaran "ensiklopedia bergerak" dalam kalangan gurunya kerana beliau sangat gemar berkongsi pengetahuan yang dibacanya. Beliau menghabiskan masa dengan membaca buku berbentuk fakta dan sangat gemar melukis komik. Anak sulung daripada tiga beradik ini bercita-cita untuk menulis buku kedua yang bertajuk "Life as an Autistic Teen".