Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (415) 851-1676
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Langit Ilahi
Langit Ilahi
Series · 4 books · 2009-2013
By
Hilal Asyraf
Books in series
#1
Langit Ilahi
2009
Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah. Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya. Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita! KANDUNGAN Kita Makhluk Mulia Hidup Itu Anugerah Allah Kita Akan Kembali Bertemu-Nya Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah Hidup Itu Seluruhnya Ibadah Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga Kita Punya Tempat Mengadu Hamba Itu Perlukan Tuannya Allah Maha Mengetahui Apa Yang Baik Untuk Ciptaan-Nya Kita Lebih Kecil Daripada Kuman Hati Yang Hidup Mendorong Anggota Melakukan Kebaikan Hati Yang Hidup Mendorong Kita Ringan Beribadah Penyakit-Penyakit Hati Meragut Ketenangan Hati Yang Sakit Akan Membuahkan Penyakit Penyakit Hati Dapat Dirawat Dengan Amal Dugaan Hidup Menguji Iman Syukur Dan Qana’ah Kunci Bahagia Marah Menyebabkan Akal Tidak Waras Kenal Allah Menjadikan Hati Lembut Ketenangan Itu Natijah Hubungan Baik Dengan Allah Nyahkan Kegelisahan Untuk Mengundang Ketenangan Kejahilan Memusnahkan Kebahagiaan Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa Carilah Bantuan Allah! Limit Manusia Masih Jauh Dunia Akhirat Tagihkan Ilmu 10 Sifat Peribadi Mukmin Peribadi Dibentuk Dengan Membinaan Iman Iman Yang Benar Buahnya Amal Soleh Orang Beriman Tahu Nilaian Dunia Solat, Tapi Belum Bersolat? Cari Perisai Dengan Solat Solat Itu Lambang Ketaatan Ukhuwah Yang Benar Bawa Ingatan Kepada Allah Sahabat, Lidahnya Ringan Memberi Nasihat Kegagalan Akan Menambah Ilmu Untuk Lebih Berjaya Waktu Ialah Ubat Penyembuh Dan Racun Pembunuh Ayuh, Rancang Kematian! Realistik Vs Idealisitik Dengarkanlah Bicara Orang Yang Telah Mati Inspirasi Dari Kisah Terdahulu Motivasi Dalam Sirah Sirah Mencorak Kehidupan Bermaruah Mencungkil Sirah Agar Bermakna Hidup Rasulullah Cerminan Wahyu Allah Mereka Telah Mentaati Allah Dan Berjaya Kisah Derhaka Buat Iktibar Islam: Kunci Kebahagiaan Islam: Rahmat Sekalian Alam Islam: Mengangkat Martabat Manusiawi Islam Bermula Dengan Usul, Bukan Dengan Furuk Islam: Penyelasai Masalah Penyelesaian Islam Memberi Manfaat Kepada Seluruh Alam Jadikan Nilai Syarak Sebagai Neraca Petunjuk Pengalaman Bersama “Abang Besar” Pengalaman Bersama “Ayah” Dia Menyinarkan Qudwah Pengalaman Bersama Murabbi Pengalaman Bersama Veteran
#2
Langit Ilahi 2
2010
#3
Fanzuru
2010
#1-3
Langit Ilahi
2013
Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah, dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui EDISI ISTIMEWA LANGIT ILAHI, penulis bestseller Hilal Asyraf mengajak kita pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita - Mengajak kita menjadi hamba kepada Allah melalui pengabdian yang praktis, agar ia tidak semata-mata menjadi kerahiban, tetapi menjadi pacuan untuk kita lebih berjaya di dunia. Kembara Hamba Mencari Cahaya - Menekankan persoalan dunia sebagai ladang akhirat dan menjawab persoalan bagaimana hendak bergerak membina kehidupan sebagai hamba. Fanzuru: Maka Lihatlah... - Satu perkongsian pengalaman, yang mengajah kepada disiplin hidup yang mapan, dan kehidupan yang matang serta berwawasan Pilihan Staf: "Masalah,pada hakikatnya tidak akan selesai ataupun hilang dengan kita sekadar melarikan diri daripadanya. Jika kita dapat melarikan diri daripada satu masalah, pasti akan ada masalah lain pula yang menimpa. Tambahan pula,masalah yang kita larikan diri daripadanya itu,masih belum lagi selesai. Bertambah-tambah masalah dalam kehidupan kita hanya kerana kita hendak melarikan diri daripadanya." Petikan menarik ini terdapat dalam buku motivasi edisi istimewa ini mampu sampai ke dalam hati setiap pembaca. Penulisannya yang santai serta mudah difahami .Benarlah apa yang pernah didengar sebelum ini, "menulis itu perlu dari hati supaya isi yang disampaikan juga sampai ke hati pembaca" Selamat membaca semoga mendapat manfaat dan keberkatan dari pembacaan buku ini.
Author
Hilal Asyraf
Author · 58 books