Margins
Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam book cover
Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam
2001
First Published
3.73
Average Rating
141
Number of Pages

Cerpen Hadiah Utama Syed Mohd. Zakir Syed Othman - Syair, Bunga dan Pasir Aminah Mokhtar - Ya Allah, Dia Menangis Zainal Rashid Ahmad - Ronggeng Merdeka Hadiah Penghargaan Seroja Theavy Balakrishnan - Pengantin Hitam Ranofla Dianti Irwan - Srikandi Pentas Kirana Mohd. Faizal Musa - Syahid Raja Api A. Aziz Alias - Taksub Nor Faridah Abdul Manaf - Pelangi Hidup Siti Jasmina Ibrahim - Kuntum Horizon Abu Hassan Morad - YB Puisi Hadiah Utama Ratna Laila Shahidin - Keberangkatan Ayah Hassan Baseri Budiman - Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam Abd. Ma]nap Ibrahim - Rimba Lembah Belum Hadiah Penghargaan Tengku Alias Taib - Avant-garde Lim Swee Tin - Sesudah Diam Itu Aziz Abdul Rahman - Batu Mohd. Abdullah - Pesona Dendam A. Ghani Abdullah - Lelah Tetap Indah Prof. Datuk Dr. Hashim Yaakob - Aduhai Bapa Aminah Mokhtar - Jangan Sampai Kita Hilang Kota

Avg Rating
3.73
Number of Ratings
15
5 STARS
27%
4 STARS
27%
3 STARS
40%
2 STARS
7%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

A. Ghani Abdullah
Author · 3 books

A. GHANI ABDULLAH anak kelahiran Kampung Ramuan Cina Kecil,Lubuk Cina, Melaka, 2 Mac 1949. baca seterusnya di http://a-ghani-abdullah.blogspot.com/...

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
Faisal Tehrani
Faisal Tehrani
Author · 45 books

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Lim Swee Tin
Lim Swee Tin
Author · 5 books

Dipetik dari Ujana Ilmu. Lim Swee Tin bukanlah nama baru dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM). Dilahirkan di Bachok Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. karya awalnya terbit pada tahun 1973. Lim juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia. Antara karya yang telah diterbitkan ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000). Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab". Hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi. Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.

S.M. Zakir
S.M. Zakir
Author · 19 books

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

T. Alias Taib
T. Alias Taib
Author · 3 books

Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004). Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin; mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei, Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001). Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan. Karya terbaru beliau yang sedanga diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo). –– Diadaptasi dari kulit belakang buku Di Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).

Aminah Mokhtar
Aminah Mokhtar
Author · 14 books

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah : - Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, - Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") - Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), - Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), - Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), - Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000. sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

Siti Jasmina Ibrahim
Siti Jasmina Ibrahim
Author · 7 books

Dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Saya lahir di rumah. Asal keturunan ibu dan ayah dari negeri yang kaya dengan Adat Perpatih. Saya adalah anak sulung pasangan Tuan Hj.Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh.Siti Shabedah Hj Nasir. Saya mempunyai dua orang adik. Menjadi anak sulung, telah mendidik saya menjadikan disiplin sebagai kemestian di dalam hidup. Jika mengikut bintang orang Greek, saya di dalam keluarga Aries, jika mengikut tahun Cina, saya dalam tahun naga. Jika ikut saya, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keyakinan diri datang dari kekuatan hati yang berisi dengan iman di dada dan ilmu pengetahuan yang luas. Saya suka pada jiwa yang optimistik. Ketawa dan senyum di wajah dan senyum di hati akan mengubat banyak penyakit jiwa dan fikizal. Saya suka membaca dan makan (walaupun berdiet dan jaga kesihatan, tapi makan tetap makan… yang berpatutan). Kalau sukan yang saya minat menonton, ialah tennis dan bola sepak. Macam lelakikan? Bila dah kahwin ni, suami saya pun suka dua sukan ini, jadinya ada geng hendak menonton. Kalau saya sendiri hendak bersukan, saya pilih badminton, bowling, bola jaring dan bola tampar. Saya mengenali dunia persekolahan bermula di usia 6 tahun apabila ayah mendaftarkan saya di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Di rumah banglo setingkat itulah saya mengenali dunia baru. Dunia berkawan, berguru dan berilmu. Saya suka belajar. Bukan hendak membangga diri, tetapi keluarga saya turut akui dan mereka bercerita bahawa saya memang suka belajar, sehinggakan saya demam panas yang teruk pun, saya menangis hendak pergi ke sekolah. Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (1) selama 6 tahun. Bermula tahun 1983 sehingga 1988. Sekolah itu di hadapan rumah saja. Kalau waktu rehat, saya dan kawan-kawan seronok sebab nantinya wan (nenek dalam panggilan orang Negeri Sembilan) akan menghulurkan makanan yang sedap-sedap dari pagar sekolah. Jimat duit belanja. Saya telah membuktikan minat belajar saya itu apabila ranking keputusan peperiksaan selalunya mesti 5 terbaik. Semasa darjah 1, 3 dan 5, saya dapat nombor satu dan terbaik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selalunya hadiah yang ayah dan atuk beri ialah koleksi buku ilmiah dan buku cerita yang bersesuaian dengan usia saya. Waktu itu tak ada play station atau game video lagi, jadi bukulah hiburan dan teman saya. Mujur tak ada semua itu dulu, kalau tidak tentu saya tidak minta membaca. Sewaktu itu saya masih tidak terfikir akan menjadi seorang penulis profesional. Saya selalu berangan hendak menjadi peguam. Dulu saya sangka jadi peguam senang, sebab perlu bercakap saja. Waktu sekolah rendah juga, sayalah Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Saya pengawas, pustakawan dan aktif di dalam Tunas Puteri sehingga wakil peringkat Daerah Gombak. Saya aplikasikan kemahiran bercakap, maklumlah nak jadi peguam. Setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, saya meneruskan menimba ilmu di Sekolah Menengah Taman Keramat. Sebelah sekolah rendah. Setelah mendapat keputusan SRP yang agak baik juga, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Asrama Penuh Mara Education Foundation College di Bangi. (ia MRSM yang diswastakan). Di sana saya belajar bersama dengan ramai anak-anak tokoh sastera terkenal tanah air, anak-anak menteri dan kerabat diraja di ketika itu. Satu cabaran juga kerana saya perlu bersaingan dengan pemikiran, budaya hidup dan kualiti akademik yang diharapkan oleh kolej. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar bukan saja di dalam kuliah, tetapi juga di dalam hidup. Di sana saya mula berminat dalam penulisan apabila karangan saya selalu menjadi pilihan cikgu BM untuk dipamerkan dan dipilih sebagai karangan yang baik, tetapi cita-cita saya untuk menjadi peguam masih menebal walupun saya tahu, bukan sekadar bercakap saja baru boleh menjadi peguam. Saya mengambil jurusan Sains Tulen semasa SPM.

Abu Hassan Morad
Abu Hassan Morad
Author · 7 books
Abu Hassan Morad berasal dari Felda Guar Napai, JItra, Kedah. Seorang guru, penulis dan pengurus syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sejak 1998.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved