
Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan... berada dalam hati, utuh dalam memori... tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati. Segalanya seakan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta. Tapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York. Dua belas tahun kemudian... Pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delaila dan Ali Syukri. Di situ Delaila melihat sebuah kebahagiaan. Namun, masa berubah, dunia berputar... masihkah Ali Syukri insan yang serupa? Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?
Author

Berasal dari Chemor, Perak. Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak. Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994. Antara novel yang dihasilkan; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014), Nan Yang (2014) dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013). Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan 2011, Anugerah Buku RTM-PNM 2012. Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera (Novel) pada 2011 di Bogor, Indonesia.