Margins
2021
First Published
3.44
Average Rating
350
Number of Pages

Misteri sebuah kematian yang tidak bernisan membuka keanehan yang sukar untuk dijawab. Ada unsur-unsur mistik yang membutakan pandangan manusia. Pelbagai spekulasi terbit lantaran dari kejadian menakutkan. Ini telah membuka lembaran baru bagi Inspektor Zaki. Namun, daripada hasil siasatan yang dia dapati sukar untuk dia mengesyaki sesiapa. Mangsa ditemui mati di dalam bilik hotel sedangkan maklumat bedah siasat mengatakan yang mangsa mati akibat lemas di dalam air. Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai tidak berani untuk berkunjung ke situ. Kakitangan hotel pula sering diganggu sehingga ada kematian berlaku. “Ada hantu dalam bilik tu.” – MAZIAH “Setahu aku mana ada orang menyewa di tingkat empat. Semua bilik kat situ kosong.”- NURIN “Saya beranggapan yang mangsa dibunuh bukan dengan jalan biasa.”- INSPEKTOR ZAKI Mampukah Inspektor Zaki menyelesaikan misteri kematian ini? Dapatkah mereka menjawab punca segala ketakutan yang sering menyelubungi seluruh hotel berpuaka itu? Adakah benar hanya dengan memanggil pawang, semua ini akan berakhir? Tanpa diketahui ada cerita lain yang pernah terakam pada bangunan lama yang dijadikan hotel itu. Ada makhluk yang sengaja bersembunyi untuk terus melemaskan manusia dengan sejuta kejahatan.

Avg Rating
3.44
Number of Ratings
9
5 STARS
11%
4 STARS
44%
3 STARS
33%
2 STARS
0%
1 STARS
11%
goodreads

Author

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 36 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved