Buku ini mengandungi pelbagai tulisan yang bersifat riwayat daripada pengalaman hidup orang-orang tertentu dan peristiwa yang mengandungi pelbagai masalah. Secara keseluruhan dapat dijadikan perbandingan dan panduan hidup bagi setiap insan. Kerana setiap riwayat dan peristiwa itu akan mencerminkan betapa hidup manusia dengan nasibnya, hidup manusia dengan kegagalan dan kejayaannya, hidup manusia dengan suka-dukanya; kesemua itu dapat dijadikan ibrah dan cermin untuk melihat dan mentelaah hikmat yang terkandung di sebaliknya.