
“Yang membezakan setiap orang adalah cara mereka membawa life baggage itu. Samada menjadikan life baggage itu sesuatu yang sangat perlu dititikberatkan, atau jadikan dia sekadar hand luggage yang boleh dijinjit sahaja. Paling tidak, jika terasa life baggage itu terlalu berat dan membebankan, mungkin awak boleh cari seseorang untuk mengangkatnya bersama?”, panjang lebar penerangan Hatim. Najah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menafsir kata-kata Hatim itu yang seakan membuka mindanya seketika tadi. “Saya punya life baggage lagi besar, awak nak dengar cerita?”, soal Hatim sambil tersenyum memandang Najah. Buku kedua karya Syaz Eym kali ini adalah tentang kisah-kisah fiksyen yang bertemakan life baggage yang dikendong oleh setiap watak. Sama seperti kita jua. Cuba kita lihat sekilas di sekeliling, berapa banyak bagasi halimunan kita? Dan bagaimana cara kita menanganinyalah yang akan menentukan hidup kita di atas dunia yang indah ini. 3 kisah di dalam 1 nashkah, diharap dapat menjadi bacaan santai buat para pembaca.