
6 cerita dalam satu buku RUMAH SEWA Kisah seram Ash dan 2 orang sahabatnya yang menyewa sebuah rumah berhantu di Bandar Seremban. Malam pertama mereka tinggal telah diganggu! PENGGALI Kisah Pak Tam seorang penggali kubur menceritakan kisah seram dan mistik kepada penulis. BOMOH Penulis telah menemubual seorang bomoh sihir yang terkenal Pawang Nor ( Bukan nama sebenar ). Penulis mengorek rahsia bagaimana Pawang Nor menuntut ilmunya, cara bagaimana mendapatkan beberapa bahan sihir dan bagaimana dia berubat. SEKURITI Kisah seram yang dialami oleh seorang pengawal keselamatan sebuah universiti di lembah kelang PEMANDU Kisah seram yang diceritakan oleh seorang pemandu. Salah satu kisahnya tentang gadis berkebaya merah MUZIUM Kisah kurator muzium yang diganggu oleh penjaga kitab kuno yang diberikan oleh seseorang