
“Orang macam mereka akan gunakan apa-apa saja untuk dapatkan apa yang mereka nak. Sebab tu, saya kena ‘pergi’.” Stelio Q’Lucien Verneri, anak keturunan bangsawan yang dibenci oleh nenek sendiri sejak kecil, hanya kerana ibunya berketurunan biasa. Bahkan, kebencian itu bertukar jadi konspirasi jahat yang menyebabkan kematian ibunya. Lucien tekad mahu mendedahkan perbuatan terkutuk itu, namun segala rancangannya gagal. Malah, dia juga hampir terbunuh dalam sebuah kemalangan terancang! Demi melindungi isterinya, Avril, Lucien bertekad untuk berpisah, menjauhkan diri dan menukar identitinya. Dia hidup sebagai Dr. Stanley Wagner. 10 tahun berlalu, dirinya tidak pernah dikenali sesiapa. Tanpa diduga, suatu hari, Avril muncul kembali. Sedaya upaya Lucien menjauhkan diri sehingga jiwanya tidak keruan. Namun, tiba-tiba tragedi hitam berulang; nyawa Avril terancam lagi kerananya dan kini, dia perlu membuat pilihan. “Awak orang yang paling saya sayang, Vee.” Ketika nyawa yang tersayang menjadi taruhan, sanggupkah Lucien terus ‘bersembunyi’? Namun, jika dia mendedahkan dirinya, mampukah mereka meraih kebahagiaan yang diidamkan?