Margins
Magis Kota book cover
Magis Kota
2016
First Published
4.00
Average Rating
190
Number of Pages
Maka terbukalah gerbang kota, di dalamnya ada sebuah dunia yang berada antara realiti atau mungkin sahaja sepercik magis. Di hulu sungai, si bidan menggendong penuh kasih biawak putih, pemegang nyawa, sedangkan kehadiran biawak putih menimbulkan kontroversi sepanjang tahun. Ada rumpun buluh berbisik-bisik membongkas skanda-skandal dalam negara. Apakah benar yang didengar atau cuma ketakutan seperti hantu jepun dan hantu lif yang menghantui orang ramai? Benar, ini bukan legenda urban, mungkin sahaja satu kisah biasa atau kota yang menyimpan magis di dalam cerita dah rahsianya. Zainal Rashid Ahmad yang mempelopori realisme magis kembali menggetarkan imaginasi pembaca dengan kumpulan cerpen terbarunya dengan memperkenalkan gaya uniknya, magis kota.
Avg Rating
4.00
Number of Ratings
18
5 STARS
28%
4 STARS
50%
3 STARS
17%
2 STARS
6%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved