Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚
Malay
Jom, Kita Cari Bahagia Kita!
2017
Ana Hairuna
“Apa yang ada antara kau dan Rai yang aku atau siapa pun takkan ada?” “Kau tak perlu tau. Cuma dia dan aku saja yang faham.” “Kau sukakan Rai?” Akhirnya soalan itu terpacul dari bibirnya. “Aku? Suka Rai? Memang taklah!” “Sebab kalau kau tak buat semua tu, aku yang akan buat untuk dia sebab aku sayangkan dia lebih dari seorang kawan.”
Prank
2019
Ramadan Omar
Saiful manusia biasa yang dianugerahkan kelebihan luar biasa. Dia mampu melihat, mendengar dan merasai kewujudan makhluk ghaib yang tidak terlihat oleh manusia biasa. Kelebihan itu membuatkan dia selalu berdepan dengan makhluk-makhluk aneh dan gangguan ghaib. “Aku perlukan bantuan kau, Saif. Keadaan Azril semakin teruk. Siapa tahu dengan bantuan kau, kita boleh tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada dia.” Misteri yang berlaku kepada Azril membuatkan bantuan Saiful ditagih, Khalis, jururawat hospital sakit jiwa. Pesakitnya, Azril, mengalami gangguan mental yang teruk namun dirahsiakan punca penyebabnya oleh kedua ibu bapanya sehingga menimbulkan curiga. “Azril selalu mimpi dan meracau. Dia selalu sebut tiga nama. Shahrul, Akim dan Azman. Bila kau tanya dekat dia siapa tiga orang tu, dia hanya menangis, menangis dan menangis.” Tiga nama itu menjadi tanda tanya. Shahrul, Akim dan Azman, siapa mereka? Apa kaitan mereka dengan Azril?
Hikayat Satria-Satria Sejati #1
Generasi Baru
Hilal Asyraf
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.
Dendam Ular Saka
2017
Sriy Rahmat
Badrul budak baru yang pelik. Dia bagaikan terkena sumpahan. Tidak boleh dimarah. Pantang pula ditegur kesilapannya, pasti orang tersebut akan terkena penyakit misteri. Penderitaan penyakit bersisik ular ini mula menular di kalangan guru. Rahsia ini terbongkar apabila ia turut terkena pada salah seorang pelajar harapan. Ammar, si pelajar pintar menjadi mangsa penyakit misteri. Menderita sakit bersisik ular pada tangannya. Sejak bertengkar dengan Badrul, dia didatangi mimpi ngeri. Badrul mula disisihkan. Menyendiri tanpa teman disisi dan dihujani pelbagai fitnah. Ammar yang berasa kasihan, cuba menyelami perasaan Badrul. Lalu Ammar dan guru kaunselor sekolahnya nekad mencari punca dan membongkar misteri penyakit sisik ular. Siapa Badrul sebenarnya? Adakah dia mempunyai saka? Ataupun dia pengamal ilmu hitam? Adakah boleh dirawat penyakit misteri? Jom bongkar misteri saka anak ular ini…. Amaran: Jangan suka marah-marah kalau tidak mahu bersisik ular.
Projek Seram
TREN
Aziah Zainal, Zyra Safiya, Sufi Abqari
Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu? Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB / AZIAH ZAINAL Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan stesen tren itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama sekali kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen tren itu berhubungkait dengan penduduk kampungnya. Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG / ZYRA SAFIYA Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap tujuh belas tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demi meminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Satu per satu mahu menjadi teman Suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, satu per satu pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Dan apa kaitannya dengan epal merah dan komuter? Aku hanya mahu berteman… / EPAL MERAH DAN KOMUTER HANTU/ SUFI ABQARI
Misi Budak Tahfiz
2017
Nazry Salam, Afiq Salam
Wajdi tidak pandai baca al-Quran. Kenal huruf pun tidak. Tetapi kerana ibu bapanya, dia berani memasang satu MISI besar, iaitu menghafal al-Quran! Komik ini memaparkan pengalaman luar biasa Wajdi menempuh kem tahfiz selama 40 hari!
Dark demon rising
2011
Tunku Halim
The myths and folklore from the Malay peninsula is not something the Western World has been much exposed to. Tunku Halim now takes us into that dark, superstitious realm. This is the tale of Shazral who was terrorised by a demon as a boy, growing up in a small village. After his mother dies mysteriously, Shazral leaves for the city and becomes a lawyer, forsaking his father and his home. When he returns to his dying father, he learns his “inheritance” is to follow his father, to become a shaman, to heal the sick and protect the village from the demon. “This new ground in the genre is very refreshing and the author takes great care to educate the reader while still being entertaining. There are also a few good twists that keep you guessing right to the end of the story.” - Craig Lockely, Amazon Review Dark Demon Rising was nominated for the 1999 International IMPAC Dublin Literary Award and was studied by Glennis Byron from the University of Sterling, her article appearing in Asian Gothic (2008). “Monsters”, as she says, “do cultural work”
April Fool Asrama
Prank Sampai Mati
Haryani Kamilan
Kisah tiga orang budak kaki buli. Puas dinasihat langsung mereka tidak ambil peduli. Berasa diri hebat, angkuh dan sombong macamlah mereka yang paling kuat. Apa yang mereka buat, tidak ada sesiapapun yang mampu sekat. Bermaharajalela si kaki buli sampai menjadi manusia yang paling ditakuti. Mangsa-mangsa mulut terkunci, khuatir andai dilapor pada guru, padah menanti. April Fools yang dirancang tiba-tiba lain pula yang jadi. Maka panik si kaki-kaki buli mencari jalan untuk melepaskan diri. Tanpa disangka, semakin mereka cuba menutup perbuatan keji itu, semakin berat bala yang menunggu.
HORROR STORIES
2014
Tunku Halim
Over 15 years in the making, this is a mid-career retrospective by Malaysia’s prince of darkness Tunku Halim. Featuring twenty of his best short stories such as Biggest Baddest Bomoh, Mr Petronas, The Rape of Martha Teoh, Night of the Pontianak, Malay Magick and Gravedigger’s Kiss, this is a collection that will make you tingle in all sorts of places.
Kerana Kau... Aku Kembali
2017
Sophilea
KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji. Naili, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, mereka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan Iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka bukan teman tetapi adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu. Naili di jiwanya penuh dendam. Dia mahu mengusir semua manusia yang penuhkan hatinya dengan kebencian. Satu saat di waktu bersendirian, lelaki itu muncul sebagai kawan. Dan kemudian iblis itu pula muncul dengan satu perjanjian. 7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri. Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati. Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya. Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Hari demi hari, dia menjadi penjaga pada Naili. Setiap teman yang mendampingi Naili buatkan dia membenci. “Wan...tolong pos kat aku sebuah buku ini....buku seramkan?” Tiada siapa disisinya. Tapi suara siapa yang menjelma. Waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging mentah diatas meja, dia pengsan. Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan. Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara Satu dah tidur...dua dah tidur..tiga dah tidur...empat pura-pura tidur ya? Mereka dalam ketakutan apatah lagi bila seorang lelaki minta Ayman mencarikan kepalanya yang hilang. Sesat di hutan menghampiri rumah syaitan yang penuh dengan ketakutan. Naili terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janjinya pada Naili? Dan ustaz Zakuan yang selalu menganggu ketenangan dirinya. Satu ketika Naili dibawa pergi jauh ke alam lain. Cuma jasad dan nafasnya sahaja yang tinggal di dunia nyata. Naili dibawa pergi oleh Hibni yang meminjam jasad Megat yang sudah mati ratusan tahun dahulu.
Puaka Kafe Hipster
2019
Sabrina Ismail, Mira Ishak, CikPuan Fifi
Langkah Aziz mati serta-merta apabila terlihat seorang wanita sedang berdiri di hadapan mesin taip antik di dalam kafe itu. Aziz hairan kerana tiada sesiapa di dalam ruang makan kafe ini sebentar tadi melainkan dirinya seorang sahaja. Dia memandang sekilas ke pintu masuk. Loceng yang ada di pintu itu pasti akan berbunyi setiap kali pintu dibuka. Tetapi, dia tidak mendengar apa-apa pun tadi. “Saya minta maaf, puan. Kafe kami belum buka lagi.” Aziz cuba menegur. Wanita itu diam, tiada sebarang reaksi. Saat itu juga, mesin taip antik itu tiba-tiba menaip sendiri membuatkan Aziz tersentak dan perhatiannya teralih kepada mesin taip itu. BEBASKAN AKU, AZIZ. Aziz menelan liur, dan wanita itu tiba-tiba menoleh kepadanya dengan wajah kering merekah yang pucat dan mata yang terbeliak besar! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Tunangku Gadis Lumpur
2016
Koyomi Minamori
Aku tak boleh lupakan keindahan tempat ni. Kau rasa macam mana, Yone? DI sebuah desa dikelilingi sawah padi, tiba-tiba muncul seorang pemuda bernama Daichi depan Yoneko. Pemuda dikenalinya sejak kecil ni memang baik tapi sayang tak ada rumah dan kerja. Adakah Daichi bakal suami Yoneko? Macam mana agaknya rancangan Yoneko nak selamatkan ladang keluarganya? Benarkah Yoneko nak kahwin dengan Daichi? Berjaya ke hubungan diorang setelah diasak cabaran demi cabaran tak diduga?
Creepyposta
2016
Jeffrey Zain
Setiap helaian akan menghantui anda. Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan untuk tidak membaca buku ini. Juga, jangan baca separuh jalan. Kerana selagi anda belum baca sehingga ke helaian terakhir buku ini, 'dia' akan mengikuti gerak langkah anda- menuntut anda untuk membaca sehingga tamat. CREEPYPOSTA adalah koleksi cerita seram yang dikutip daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad)
Puaka Jambatan
2017
Aida Anggerik, Siti Solehah, Pn Fakarina
"Berpuakanya jambatan itu sebab dahulunya, kepala-kepala manusia yang disembelih diletakkan di bawah jambatan itu semasa pembinaannya sebagai pasak, agar ia kukuh dan tidak akan roboh selama-lamanya,” Tuan Guru Haji Yahya memulakan ceritanya.
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Puaka Lebuh Raya
2017
CikPuan Fifi, Sabrina Ismail
Dendam Jasmin tidak pernah padam. Sejak hari kematiannya, dia menanam azam untuk membalas dendam terhadap pemandu-pemandu teksi yang jahat dan tidak jujur.
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Karut!
2019
Ahmad Iqram Mohamad Noor
“Buku yang memiliki 14 bab ini membahas sangkaan orang ramai terhadap perkara yang dianggap boleh menjadi penguat keimanan walhal perkara tersebut tidak memiliki sandaran dalam agama,” Dato Dr. Hj. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman.
Senyumlah! Aku Rindu...
2019
Ho Sing Ee
Roh gadis berlegar-legar? Memanglah pelik, tapi tak ada yang mustahil. Boleh ke pertemuan pelik antara Noah dan Melina hadirkan kemanisan jiwa? Tiada siapa tahu permainan takdir ni tapi mungkin ia paling indah dan bermakna buat mereka? • • • "Ka... kau cakap dengan aku ke?" "Kau nampak orang lain ke kat sini?" perli Noah. Gadis itu seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengar. Wajahnya berkerut. "Ta... tapi macam mana kau boleh tengok roh?" Woah! Ni cerita manusia bercinta dengan roh ke?
Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu
2020
Asma' Harun, Dwi Suwiknyo
Apa yang paling aku inginkan di antara semua kesenangan di dunia ini, hanyalah untuk sentiasa mengingati-Mu. Cukuplah Allah yang agung buat diriku, kerana tiada tuhan selain-Nya. “Ya Allah, semakin jauh daripada-Mu, jiwaku semakin hampa, hatiku semakin gelisah dan tidak ada lagi nikmat dalam ibadah.” “Ampuni aku ya Allah kerana selama hidupku ini, aku belum mampu mengenal-Mu. Seandainya Engkau masih memberikan kepada aku waktu, tentu aku ini mengenal-Mu, serta ingin lebih dekat dengan-Mu. Ya Allah, aku rindu pada-Mu.”
📚 Malay