Mass Ruhaiza Ali dilahirkan di Pendang, Kedah pada 2 Jun 1965. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biologi dari SUNY New Paltz, New York dan Diploma Pendidikan (KPLI). Pada 1994 hingga 2001, beliau mengikut suaminya yang berkhidmat di Pejabat Konsulat Malaysia, di New York, Amerika Syarikat. Semasa di sana, beliau berpeluang mengajar di kelas bahasa kepada anak-anak Malaysia di pejabat Konsulat. Pada Februari, 2010, beliau sekali lagi mengikut suaminya bertugas di Pejabat Konsulat Malaysia, tetapi kali ini di Los Angelas, Amerika Syarikat. Ketika di sana, minat terhadap bidang penulisaan cerpen mula berputik dan beliau telah mendapat bimbingan Puan Azmah ZNordin, penulis novel yang tersohor di Malaysia melalui blog sastera Puan Azmah, azmahnordin.blogspot.com. Antara cerpen beliau yang pernah tersiar dalam Mingguan Wanita ialah "Mawar Ungu" (terbitan Januari 21-27/2011), "Echolia" (terbitan Jun 17-21/2011) dan "Umpama Twin Tower Kota New York" (terbitan Oktober 7-13/2011). Kini, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di SMK Seremban Jaya 2.