Margins
Medina & Chiew Kok Yung book cover 1
Medina & Chiew Kok Yung book cover 2
Medina & Chiew Kok Yung book cover 3
Medina & Chiew Kok Yung
Series · 3 books · 2015-2024

Books in series

Cik Akademik Lawan Samseng Mereng book cover
#1

Cik Akademik Lawan Samseng Mereng

2015

Ada pelajar baru masuk kelas tingkatan 4A di Sekolah Sri Bangsar? Siapa gerangannya? Pelajar luar negara? Remaja bijak dari sekolah berasrama? Anak VIP yang terkemuka? Adakah orangnya kacak bergaya? Ataupun cantik seperti artis ternama? Oh.. rupa-rupanya semua tekaan salah belaka! Pelajar baru itu bukan betul-betul baru. Chiew Kok Yung, dia pelajar corot yang diserapkan ke kelas cemerlang. Dia dihukum oleh Cikgu Amnah... biar berubah perangai, harapnya mampu terkena tempias kerajinan rakan-rakan. Malangnya Chiew Kok Yung bukan setakat corot pencapaian akademik, gosip liar mengatakan.. dia juga samseng! Bertubuh sasa, bermuka serius sepanjang masa dan mulut tidak langsung mahu bertegur sapa.. patutlah seluruh warga kelas tingkatan 4A sengaja memulaukannya! Apabila seorang pelajar tercorot melawan sekumpulan pelajar-pelajar cerdik.. apakah yang akan berlaku? Mampukah diubah diri supaya sama-sama mementingkan akademik? Ataupun si samseng akan lebih menggelupur rimas kerana rasa terperangkap dalam dunia budak-budak cerdik?
Cik Akademik Lawan Samseng Insaf book cover
#2

Cik Akademik Lawan Samseng Insaf

2017

Chiew Kok Yung, si pelajar samseng bermasalah yang terkenal di Sekolah Sri Bangsar. Dimasukkan ke kelas cemerlang, kononnya dengan harapan agar prestasi pelajarannya meningkat, disiplinnya bagus dan berubah. Namun dia mula bosan. Kembali tidur di dalam kelas, tidak fokus dan mengganggu sesi belajar. Dia sengaja bersikap begitu kerana bencikan pelajar-pelajar pandai yang dianggap berlagak. Ketiadaan Medina pergi ke Korea, gadis yang sebelumnya banyak membantu dalam pelajaran membuatkan dia semakin tawar hati kekal berada di kelas tersebut.
Saranghaeyo Samseng book cover
#3

Saranghaeyo Samseng

2024

"Menyesalnya kahwin dengan samseng! Muka saja kacak tapi... tak romantik, mengemas tak reti, selalu lupa tarikh hari jadi, duit susu anak pun tak beri!" Begitulah rungutan Medina saban hari. Hatinya remuk kecewa! Impian bergelar doktor musnah. Setiap hari terpaksa uruskan dua anak kecil dan melayan nyanyuk mak mentua. Lokasi rumah mereka terpencil, di sebelah kubur pula! Kalaulah Medina dan Chiew Kok Yung (CKY) tidak pernah berjumpa. Mungkin mereka tidak mendirikan rumahtangga. Cukuplah kisah Medina si Cik Akademik dan CKY si Samseng Mereng sampai zaman sekolah sahaja. Kematian si ibu mentua membongkar satu rahsia. Tanpa disangka… mendiang mewariskan harta bernilai ratusan juta! Kehidupan mereka bertukar 180 darjah. CKY umpama raja, Medina permaisurinya. Tinggal di rumah agam dengan 20 orang pembantu rumah. Bahagia tidak terkata, hari-hari nyanyi lagu Kalau Aku Kaya! Namun, benarkah semua orang gembira? Dalam diam, masing-masing mengatur agenda yang membongkar rahsia. Nampaknya kehidupan baru ini mempertaruhkan cinta, keluarga, nyawa dan agama. Adakah Saranghaeyo Samseng menjadi kalimah permulaan atau penamat kisah cinta mereka?

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Medina & Chiew Kok Yung