
_"...Agak menyedihkan bila Gregor dibuang keluarga hanya kerana dia bertukar jadi lipas. Padahal Gregor dahulu jadi tulang belakang keluarga." _"Bersimpati? Bersimpati untuk seekor lipas?" Iya! Melissa malah lebih hina dari Gregor si lipas jelmaan. Ijazah luar negaranya cuma layak dibakar kerana tiada guna, adiknya yang cuma seorang fikir dia memalukan, mindanya tidak sihat, malah Andika si cinta matinya dahulu pun tidak mahukan dia lagi, membiarkan dia terkapai-kapai mencari pantai dalam lautan hidup. Apatah lagi ketololannya membaca riak emosi orang sekeliling membuatkan dia jadi pingin menjelmakan diri sebagai makhluk asing saja. Perahu penyelamatnya cumalah cintanya pada penulisan yang hampir karam, dan suatu hari, seorang Rumi datang mendayung mendekati, lantas menghulurkan pelampung kecemasan. Rumi yang juga makhluk asing penyamar sepertinya, gigih mengusung Melissa ke pantai meskipun perahu sendiri lompong-lompong. Tika nanah di hati semakin mengering bersama Rumi, Andika mendarat sekali lagi dengan harta karun cinta yang katanya masih penuh berisi. Entah mengapa Tuhan mahu dia duduk di bangku pementasan komedi hidup sendiri, sedangkan Melissa cuma mahu berdiri?