
Mencari Locus Standi Bahawa dia anak angkat, bukan satu rahsia. Bahkan dia anak angkat yang sungguh-sungguh bahagia, sampai alpa menyusur leluhur. Ini kisah percubaan membolot harta pusaka, akan hal loba menjadikan orang buta. Kerana dia anak angkat, disangka dia kosong kuasa, lenyap suara. Sungguh-sungguh dia terasuh oleh ilmu. Dan undang-undang mengenalkannya akan makna hak, menunjukkan jalan menegakkannya. Eliza Jasmin, dia mencari tempat untuk berdiri, locus standi, menggenggam hak untuk bertindak. ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KEDUA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2003 Pertama 1511H [KOMBAT] Faisal Tehrani Kedua Mencari Locus Standi Nisah Haron Ketiga Ombak Sfera Lotus Siti Jasmina Ibrahim