
Cinta bukan cagaran integriti Yang salah tetap salah meskipun diberi konotasi penuh berhelah. Insyirah berdepan duga dan rencah apabila terjun ke dunia korporat. Demi mempertahankan prinsip hidup, cinta yang dihulur Syahran tidak bersambut lalu membiarkannya mencari erti harapan yang tergantung Sehingga suatu ketika dia bertanya kepada Apakah dia mampu membuka hati yang masih kosong? NOVEL Meniti Jalan Hadapan yang mengungguli tempat ketiga kategori novel remaja HSKU 2008 memaparkan tema kemelut rasuah dalam dunia korporat. Melalui watak utamanya Insyirah dibangkitkan semangat keutuhan dan jati diri dalam mempertahankan prinsip dan integriti dalam kerjaya. Insyirah yang tersepit akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya di sebuah syarikat keselamatan kerana mahu mempertahankan prinsip untuk tidak menerima rasuah. Atas kekecewaan itu, Insyirah juga tidak rela gejala itu berleluasa dan meruntuhkan umat manusia. Insyirah ditampilkan sebagai lambang wanita berperibadi mulia dan berdaya saing, khususnya dalam dunia korporat yang didominasi oleh lelaki. Karya ini menyajikan maklumat tentang rasuah dari sudut pengertian, sejarah dan kesannya dengan bersandarkan nilai Islam dan tafsiran al-Quran. Karya yang informatif ini bermanfaat kepada golongan remaja sebagai persediaan untuk menghadapi alam kerjaya yang mencabar. Meskipun subjek rasuah boleh dikatakan di luar linkungan remaja namun melalui teknik persembahan yang mudah serta mesra pembaca subjek ini dapat didekatkan kepada golongan ini. Melalui ketiga-tiga novel pemenang HSKU 2008 ini, jelas menunjukkan ia membawa aspirasi anak muda bestari dan mampu meningkatkan keupayaan modal insan. Bahkan turut menjadi wadah menyatukan bangsa Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya serta menjadi acuan kepada model remaja yang ingin kita ciptakan. ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2008 Pertama Kasih Nan Agung Sri Rahayu Mohd Yusop Kedua Jendela Menghadap Jalan Rohaini Matdarin Ketiga Meniti Jalan Hadapan Norziati Mohd Rosman
Author

“Meskipun kini telefon pintar mempunyai aplikasi nota yang membolehkan kita menaip dengan segera, saya lebih gemar menulis dengan tangan. “Kadangkala isu semasa juga boleh mendatangkan ilham. Ketika harga getah naik mendadak pada awal tahun lepas, saya merasa tersinggung dengan sikap wartawan yang saban hari melaporkan ‘kekayaan’ dan ‘pendapatan’ penoreh getah, hingga sanggup mengejar berita di kebun getah. Melihat berita itu, saya merasa terpanggil untuk menulis sesuatu. Hasilnya, lahirlah puisi Tidak Seorang Pun Wartawan Datang Bertanya pada 20 Mac 2011. Tanpa disangka, puisi ini memenangi hadiah utama HSKU 2011 yang berlangsung bulan Oktober lalu,” katanya mengimbas kenangan itu. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp... Hakcipta terpelihara