Merinci Ufuk memaparkan persoalan, pergolakan dan falsafah hidup seorang bekas wakil rakyat yang mengenang kembali zaman keagungannya yang penuh nostalgia. Anak-anak yang dididiknya, sebahagiannya dibesarkan dalam zaman sebelum merdeka, menempuh pelbagai cabaran psikologi di zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi pelbagai kemudahan dan peluang hidup kepada kaum bumiputera. Setiap seorang daripada iaitu Jasdi (guru), Fakhrul (pegawai tadbir), Zaidah (penulis) dan Zain (tukang gunting) mempunyai idealisme, prinsip dan falsafah hidup masing-masing; mereka berusaha menegak dan mempertahanannya dengan cara tersendiri.