Nama sebenarnya Wan Rosnani Bt. Wan Othman. Dilahirkan di Kuala Terengganu pada 26.4.1963. Merupakan anak ke dua dari empat orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Duyong (1970-1974), kemudian di Sekolah Kebangsaan Chendering (1974-1975), Sekolah Menengah Batu Burok (1976-1980) dan menyambung pengajian di Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor (1982-1985). Telah berumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Novel Bisikan Rindu merupakan karya pertama Mimie Afinie. Sememangnya minat menulis telah lama ada, cuma baru-baru ini sahaja mampu direalisasikan. Agak terlewat jika dibandingkan dengan penulis-penulis lain. Walaupun hobi Mimie membaca tetapi minat membaca novel hanya muncul 2 tahun kebelakangan ini. Mimie tidak pernah mengikuti kelas-kelas formal dalam bidang penulisan, cuma lebih kepada pemerhatian melalui novel-novel yang pernah dibaca. Antara kegemaran Mimie Afinie ialah membaca dan bercerita (terutama dengan anak-anak).