
5 cerita bergabung di dalam satu naskhah. • Hargai Aku – Laydee Amarfi Cinta yang ditolak membuat Adi tekad mahu memalukan Ami. Mampukah Ami bertahan bila maruah dirinya menjadi taruhan dendam lelaki itu? • Poskad Dari Dia – Dhiya Zafira Bukan mudah untuk bangkit setelah kehilangan. Bagi Adwa, hidup harus diteruskan dan dia perlu bermula semula. Tapi bila poskad itu tiba, segalanya berubah. • Bukan Bahan Eksperimen – Nureen Mirza Fahd yang sukar untuk jatuh cinta cuba bereksperimen untuk mencari cinta sejati. Siapakah yang bakal menjadi bahan eksperimen cintanya? • Secawan Kopi Hitam – Aidah Bakri Quds yang sunyi berkahwin dengan Banin yang lebih suka hidup sendiri. Tanpa saling mengenali, ibarat kopi yang pahit. Mampukah mereka menelan kepahitan tersebut? • Au Revoir – Farah Husain Mike, janjinya satu; Dia tak akan pernah tinggalkan Bella. Namun, mengapa kehadiran Imran buat dia mungkiri janji yang satu itu?