
Miss XL? Kenapa Miss XL? OMG! Tak sangka dapat title macam tu. Nama sebenar cukup indah, tapi diberi gelaran begitu. Sedihnya hati... kejamnya manusia yang menggelarkan sesama sendiri! Tolonglah! Jangan pandang seseorang dari bentuk fizikal sahaja tapi, pandanglah dengan mata hati. Di sebalik badan yang besar, masih terdapat sekeping hati yang ingin dikasihi dan dicintai. Perempuan gemuk bersaiz XL pun masih ada kelebihannya yang tersendiri, tau! “Kalau di langit, kau umpama bintang yang bercahaya. Kalau di lautan, kau umpama mutiara yang menyinar. Kalau di hutan, kau merupakan kera yang bergayutan!”