
Malaysia Literature Series From a beach in Peru to the wrath of El Nino and La Nina, the writers explore universal issues that consume the thoughts and minds of teenagers throughout the world. Environmental destruction, teenage angst and fragile morals are written using various techniques to appeal to a cross section of teenagers. Translation Malay (Malaysia) to English. *Content 1. On a Beach in Peru (Di Sepenjuru Pantai Peru) - Seroja Thevy Balakrisnan 2. A Friend from Space (Sahabat dan Angkasa) - Dr. Sharol Laila Sujak 3. The Morning Call (Panggilan Pagi) - Sharif Putera 4. Mother, El Nino & La Nina (Sang Ibu El Nino dan La Nina) - Jali Kenoi 5. Walking on Sharp Gravel (Meniti Kerikil Tajam) - Nora 6. The Letter (Lembaran Warkah) - Hashim Abdullah 7. The Tissue Seller(Si Penjual Tisu) - Haswida Abu Bakar 8. The Blessing (Restu) - Zarina Mohd. Yasin 9. Cisarua and a Butterfly (Cisarua & Seekor Rama-Rama) - Muhd. Nashruddin Dasuki 10. A Monologue for Granfather (Monolog Untuk Atuk) - Amir Azri
Authors

Nora dilahirkan pada 28 Jun 1930 di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor dan mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Sungai Mati dan lulus darjah V tahun 1941. Selain sekolah agama, Nora juga bersekolah Inggeris hingga lulus darjah V. Bidang penulisan telah menangkap minatnya. Dengan menggunakan nama Nora, mereka yang tidak mengenalinya menganggap Nora adalah seorang penulis wanita. Tetapi ada ketikanya juga dia menggunakan nama Teratai. Bagaimanapun nama Nora sudah sebati dengan dirinya malah menenggelamkan namanya yang sebenar. Walaupun pernah menganggotai pasukan polis tahun 1951, beliau tetap mahu terus menulis. Kerana penulisan juga dia didakwa melanggar peraturan polis dan akhirnya diberhentikan tahun 1957. Nora menganggotai keluarga Utusan Melayu yang terkenal sebagai perkampungan sasterawan sejak sebelum merdeka pada 1961 sehinggalah tahun 1982. Selepas meninggalkan Utusan Melayu, Nora menyertai Al Arqam, kebetulan pula ketika itu merupakan zaman awal pertubuhan itu sekaligus membuatkan Nora perlu banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk Al Arqam. Tetapi yang disumbangkan Nora kepada Al Arqam jauh lebih besar daripada yang diberikan oleh pertubuhan itu kepada Nora. PENULISAN Melalui penulisan, Nora memperlihatkan prihatin terhadap golongan bawahan yang kerap ditindas oleh sistem sosial dan ekonomi yang dibuat oleh golongan kapitalis. Daripada karya-karyanya, baik novel atau cerpen, perjuangannya menyedarkan golongan bawahan yang tertindas sangat ketara. Semua ini terpancar selepas cerpen pertamanya, Mengingat Si Hitam Manis disiarkan dalam majalah Utusan Filem dan Sport tahun 1955. Sementaran tahun 1960-an pula dianggap kemuncak Nora dalam penulisan apabila hampir semua majalah dan akhbar menyiarkan karya cerpennya. Antara cerpennya yang terhebat ialah Keranda Minda Diusung, Lapar, Pelacur Tua, Di Tengah Kota dan beberapa lagi yang dimuatkan dalam antologi Bayang Di Kepak Senja. Selain cerpen, novellah yang melonjakkan nama Nora sebagai sasterawan. Novel pertamanya Puntung Hanyut diterbitkan oleh Pustaka Antara tahun 1965, kemudian menyusul Gelodak (1968), Gelanggang (1975), Kemarau Di Hujung Daun (1976), Seribu Musim Kering (1980), Uzlah (1980) dan Ufuk Timur (1986). Nora juga menghasilkan memoir berjudul Di Tengah Kota yang merakamkan perjalanan hidup yang pelbagai warna, dari kampung hingga menjadi warga di kota Kuala Lumpur yang sangat mencabar. Pada tahun 2005, beliau telah terpilih sebagai Penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Darul Ta'zim Kelima 2005. Beliau menutup usia 82 tahun pada 7 April 2012 kerana sakit tua. Walaupun penulis generasi baru sesetengahnya tidak mengenali Nora atau karyanya, tetapi tahun 1960-an hingga 1980-an, adalah kemuncak Nora sebagai sasterawan. Artikel asal oleh Ku Seman Ku Hussain: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.... © Utusan Melayu (M) Bhd