Margins
2019
First Published
3.50
Average Rating
168
Number of Pages

Wanita sering digambarkan sebagai makhluk Allah yang rumit untuk difahami, teliti dan beremosi. Justeru, bukan satu perkara mudah untuk makhluk ciptaan Allah yang indah ini mahu bergelut menjalankan dua peranan serentak. Sebagai tulang belakang dalam rumah tangga. Sebagai wanita bekerjaya yang menyumbang tenaga untuk masyarakat. MRS PAPA. Merekalah yang cuba berjuang untuk menjadi isteri dan ibu sejati. Mereka jugalah serikandi yang turut gigih memerah keringat mencari rezeki. Ini adalah naskhah yang buat saya tersenyum dan berbangga dengan kehebatan jiwa para wanita di luar sana yang diwakilkan menerusi tinta para penulisnya.Mereka benar. Sebagai wanita berkerjaya, kalut dan ribut itu biasa. Tapi mereka terus melangkah demi tanggungjawab untuk membantu meringankan beban ekonomi keluarga dan menyumbang tenaga buat masyarakat sedaya upaya mereka. Ini adalah naskhah yang perlu berada di setiap rumah dan pejabat yang mempunyai wanita-wanita hebat di dalamnya. Para isteri perlu baca untuk menambah ilmu dan semangat mereka. Para suami juga perlu baca agar mereka mampu memahami betapa besarnya pergelutan emosi seorang wanita yang keluar bekerja. Para ketua dan pemimpin perlu baca agar mereka memahami bahawa pekerja mereka atau anak buah mereka yang bernama isteri dan ibu itu tidak mengharapkan simpati, tapi cukuplah kalau diberikan sedikit pengertian bahawa mereka juga manusia biasa - yang adakalanya sukar mencanai tenaga dan masa untuk menjadi suatu hasil yang sempurna. Selamat datang ke dunia MRS PAPA. Dunia wanita bergelar ibu, isteri dan 'somebody'. Dunia wanita berhati waja!

Avg Rating
3.50
Number of Ratings
2
5 STARS
0%
4 STARS
50%
3 STARS
50%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Marini Ghazali
Author · 1 book
Ezatul Marini Mohd. Ghazali
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved