


Books in series

#1
MURTAD
2012
Murtad
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir
dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya.”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”
\- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Adam and Akhil are twin brothers who are hired by a mysterious man to kill Muslims who become apostates. But who is this man and why is he doing this?
\\\\\\\\\\\\\\\\\_
Novelis : Hasrul Rizwan
Hasrul Rizwan yang juga dikenali dalam dunia siber sebagai Mat Gorn, seorang blogger yang penyegan untuk menaik muat posting terbaru di manapiranha.blogspot.com. Dilahirkan di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Melaka sejak kecil selama 16 tahun di sebuah Kem tentera Komando, Hasrul disajikan dengan aksi para tentera semenjak kecil. Bergelut melihat darah, bertarung hidup dan kaya dari segi selok belok ketenteraan menjadikannya seorang pencerita yang lantang. Separuh umurnya dihiburkan di dalam kem bersama teman yang sama, berbual perkara yang sama dan bermain dengan permainan yang sama cukup membuatkan Hasrul untuk baligh awal dari masanya. Ya, Seorang cerpenis dalam genre Komedi hitam, satira, erotika dan juga bercorak fast paced. Murtad adalah cubaan pertamanya untuk keluar dari daerah cerpen yang telah bertahun beliau berkasih sayang.
Rekakulit : teckhee.blogspot.com
Cetakan Pertama : Jun 2012
Cetakan Kedua : November 2012
Cetakan Ketiga : Februari 2013
\-

#2
TUHAN
2013
The sequel to the bestselling novel 'Murtad' (2011) answers the question of what happened to the courier delivery guy Johari after he was shot dead. The action takes place on more than one planet.

#3
Trilogi Murtad #3
QISAS
2015
Buku terakhir dalam Trilogi MURTAD
“Hang nak cari sebab untuk bunuh depa la ni?”
“Bukan sebab…. tapi lesen.”
Derap tapak kaki Adam kedengaran kuat menginjak pelantar kayu menuju ke tingkat bawah. Satu persatu anak tangga dituruni menuju ke arah Akhil sambil menjinjing buku dengan senyuman yang puas.
“Setiap daripada depa empat orang ni pernah membunuh dan takdak satu pun yang pernah dijatuhkan hukuman.” Adam menjulang buku sambil menunjukkan gambar yang terlekat di dinding.
Langkahnya dimatikan di hadapan Akhil yang masih tercangak-cangak. Buku itu diselak dan diangkat separas wajah adiknya yang tersentak gamam. Dengan mata yang membulat Akhil membaca tajuk yang tertera di helaian yang dibuka:
BAB : QISAS.
DARAH DIBAYAR DARAH. BUNUH DIBALAS BUNUH.
Author

Hasrul Rizwan
Author · 13 books
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini. Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.