Margins
My Mistakes book cover
My Mistakes
2023
First Published
4.38
Average Rating
428
Number of Pages

Bagi seorang Ayra Sofia, hatinya sudah dicuri oleh Raymi lama dulu. Dicuri dan tidak mungkin dikembalikan lagi. Tak mahu dah orang lain. Dia hanya mahu Raymi. “Lupakan Ayra. Jangan hubungi dia. No, means no.” Arahan itu Raymi terima dengan hati yang berat. Namun dia tiada kuasa mahu membantah. Mereka dipisahkan oleh jarak, situasi dan keadaan. “I will haunt you day and night...” Itu janji Ayra Sofia. Biar dia terus menjadi bayang. Biar dia menjadi mimpi ngeri Raymi. Tiada siapa dapat menghalang. Itu hak dia. “Tak ada perkataan kita. Tak ada apa-apa rasa. Bangun dari mimpi, Ayra. Kita, tak mungkin bersama.” Raymi tegas menyatakan keputusan. Dia kebal dari segala godaan. Hatinya keras. Prinsipnya tak akan berubah. “Kita tengok nanti... dalam perang ini, siapa yang menang? Mejar Raymi atau Ayra Sofia?” Ayra menyiapkan diri. Menembak, menyelam, memanah, berkuda, taekwando, karate... Jika Raymi mahir, dia juga mampu kuasai kepakaran yang sama. CINTA itu bermula dengan mimpi, berakhir dengan realiti. Diantaranya? Tragedi demi tragedi.

Avg Rating
4.38
Number of Ratings
24
5 STARS
54%
4 STARS
29%
3 STARS
17%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Lynn Dayana
Lynn Dayana
Author · 15 books

Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved