Zahin ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dia ingin mendalami teknologi Jepun yang canggih. Keinginannya ditambah lagi dengan kehadiran gadis Jepun dalam hidupnya. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zahin masih tetap dengan pendirian mahu belajar di Jepun. Ayoko, si gadis Jepun menunggu Zahin di negara matahari terbit itu. Di sana Zahin menjalin hubungan cinta dengan si manis Jepun itu sehingga berjaya menarik si gadis memeluk Islam. Bagaimanakah berakhirnya cinta Ayoko dengan Zahin? Bagaimana pula reaksi keluarga Ayoko dan Zahin?