
Kam: "Saya dan Tia sudah memilih lama dulu untuk bersatu dan berkongsi hati dengan penduduk asal di sini. Kami ingin bangunkan negara ini bersama dan kami ingin merdeka bersama. Kami mahu bina kehidupan bersama. Ini Nanyang aku. Mana lagi aku mahu pergi. Tanah ini perlukan pejuang yang kuat semangat. Kebiasaan tidak akan dapat diubah tanpa cabaran. Kejayaan tidak akan dapat dicapat tanpa pengorbanan." Noni: "Kamu tidak tahu. Kamu tidak tahu macam mana sedihnya melihat bangsa yang datang dari sebuah peradaban besar tetapi menjadi hamba di negara sendiri. Kamu tidak tahu bagaimana susahnya hendak mengubah pemikiran mereka untuk menjadi maju. Saya kasihan dengan orang Melayu yang masih hidup merempat. Mereka tidak mahu turut sama membangunkan dan mencari rezeki dengan imigran yang datang. Saya sedih, kami masih miskin, masih mundur disaat orang lain kaya raya. Saya mahu mengubah nasib masyarakat saya melalui mata pena."