Margins
Nefertiti book cover
Nefertiti
2018
First Published
4.50
Average Rating
656
Number of Pages

“Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip. Faham?” - Ziyad “Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau ada rasa curiga tu.” - Yasmin Ziyad El Zamri terkepung dalam perasaan terhadap Yasmin Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri. Yasmin dengan perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar. Yasmin gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan kebenarannya. “Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama. Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat.”- Ziyad

Avg Rating
4.50
Number of Ratings
148
5 STARS
64%
4 STARS
24%
3 STARS
11%
2 STARS
1%
1 STARS
1%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved