Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Noah Vanessa
Noah Vanessa
Series · 2 books · 2022
By
Aisyahros
Books in series
#1
Noah Vanessa Jilid 1
2022
“I’d believe you the best gift from God. Tapi, saya tak percaya Tuhan itu wujud. Jadi, saya tak boleh simpan awak dalam hidup saya.” – Vanessa Willians Hidup gadis itu tampak penuh berseri pada luarannya. Namun, andai tersingkap di mata sekalian manusia akan hakikat yang tersembunyi di sebalik wajah penuh jelita itu, maka… tidak akan ada yang berani mendekatinya kerana ‘sumpahan’ yang terpalit padanya. Namun, berbeza bagi lelaki itu. Keteguhan yang dimilikinya bukanlah gurauan. “Semua orang ada hak untuk bahagia, Vanessa… and so do you.” – Noah Q’Darrien Lee Hadirnya lelaki yang baik agama dan akhlaknya itu tidak mampu untuk ditolak. Saat Vanessa ingin menjauh, semakin erat tautan takdir mengikat mereka berdua sehingga dia tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Akhirnya, pertemuan itu berubah menjadi sebuah anugerah yang sangat indah. Sehinggalah takdir membongkarkan bahawa jiwa mereka itu sebenarnya jauh meskipun secara zahirnya mata kedua-dua mereka saling bertatapan. “Awak cuma nak cari kesalahan yang ada dalam Islam untuk awak kuatkan lagi hujah awak mengapa awak memilih untuk tidak mempercayai Tuhan. Betul, kan tekaan saya?” – Noah Q’Darrien Lee “Jadi? Apa salahnya saya tanya tentang Tuhan awak?” – Vanessa Willians Mungkinkah huluran itu disambut oleh Vanessa atau dia akan memilih untuk kekal dalam kegelapan hidup buat selama-lamanya?
#2
Noah Vanessa Jilid 2
2022
Kini, separuh hati Vanessa telah menerima kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Harapan disandarkan kepada Tuhan. Tali Allah yang ingin dipegangnya dipimpin bersama Noah. Dia akui, dia dapat merasakan kemanisan dalam mengenali Allah Yang Maha Esa dan agama Islam. Namun, tragedi yang berlaku akibat ‘sumpahan’ dalam hidupnya itu telah meranapkan harapannya yang disandarkan kepada Tuhan. “Saya percaya Tuhan awak ataupun tidak, ia tetap tak akan ubah sumpahan yang ada dalam hidup saya.” – Vanessa Willians “Vanessa, ianya bukan salah awak. Tolonglah, Vanessa. Stop blaming yourself on something you don’t even do.” – Noah Q’Darrien Lee Ujian hidup Vanessa kali ini bukanlah boleh dihadapinya seperti sebelum ini. Ujiannya kali ini sangat berat! Ujian yang perlu dia hadap atas nama dua kebenaran. “Pak cik lakukan ini untuk kamu, Vanessa. Tolong jangan benci pak cik.” – Tuan Daniel Black Di mana silapnya? Bukankah harapan kepada Tuhan itu memang seharusnya setinggi langit? “Ujian ini terlampau berat untuk aku. Kenapa bagi pada aku?” – Vanessa Willians
Author
Aisyahros
Author · 10 books