Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Novel Akademik Thriller
Novel Akademik Thriller
Series · 4 books · 2018
By
Aman Wan
,
Hazira Hanapi
,
Azanil Fitri
, and more
Books in series
#1
A atau Mati
2018
Remaja perlu mati! Ketakutan yang melampau, memaksa masyarakat untuk mengambil keputusan yang drastik. Pembunuhan, rompakan, rogol serta pengedaran dadah kini menjadi jenayah yang dilakukan oleh para pelajar di bawah umur. Kehancuran dan gejala liar terus berleluasa. Remaja semakin rosak, masyarakat semakin terdesak. Sebuah akta baru akhirnya ditubuhkan. Undang-undang yang mencatat sejarah dan perubahan pada negara. Akta Peperiksaan Merah diberi nama. Sebuah peperiksaan yang menjadi gelanggang neraka untuk remaja-remaja berdosa. Soalan-soalan yang mengundang azab serta derita, hanya dua sahaja jawapan yang diberi. Sama ada A atau mati!
#2
B Untuk Bunuh
2018
Kesempitan wang, kedaifan hidup serta keuzuran ibu bapa menjadi pendorong Husna untuk kekal berjaya dalam akademik. Sepenuh hidup dihambakan demi mendapat keputusan cemerlang. Sebuah tawaran biasiswa akhirnya menjadi penentu masa depan dan kesenangan keluarga. Namun, dirinya terpaksa berhadapan dengan beberapa calon pelajar terbaik yang kini menghalang bahagia. Husna terdesak. Sebuah kesilapan akhirnya bertukar menjadi dosa. Langkah yang berdarah tidak mampu disucikan kembali. Tiada saksi, tiada bukti. Kini, hasutan syaitan mula menguasai diri. Sekiranya A terlalu menjauh, mungkinkah B untuk bunuh?
#3
C Kena Culik
2018
Kau pernah dibenci oleh cikgu? Ataupun kau pernah tidak puas hati dengan cikgu? Sengketa pelajar dan guru memang lumrah alam persekolahan. Namun, sengketa kalau dibiarkan terlalu lama akan berubah menjadi dendam. Bila dendam sudah menguasai diri, tunggulah padah buruk yang bakal berlaku. Ini kisah dendam yang tidak dapat dipadam dengan getah pemadam sekolah ataupun abang bomba. Gurauan dendam tiga pelajar memakan diri, cuba meraih simpati pada guru yang tiada empati. Lalu api kemarahan mencuit hidup insan lain, membongkar peti sejarah yang sepatutnya sudah lama terpadam. Pilihan yang mereka ada? Jika A adalah mati, itu menyeksa diri. Memilih B untuk membunuh, lalu dijatuhkan hukuman mati. Barangkali C untuk culik mampu menyelesaikan segala simpulan masalah.
#4
D Macam Dajal
2018
Dajal, makhluk perosak akhir zaman yang tugasnya menghasut manusia melakukan kejahatan. Maka manusia yang terdorong melakukan kejahatan juga tidak ada bezanya dengan Dajal. Ini adalah kisah lima sahabat yang punya perangai kejam yang amat. Mereka digelar Senior Dajal yang membuli tanpa belas, semata-mata untuk menunjukkan kuasa. Mereka senior jadi semua orang dipaksa tunduk hormat. Siapa melawan, akibat yang menanti teramat berat. Langsung menikus para junior, takut menjadi mangsa. Semuanya wajib dituruti, jangan sesekali dikhianati. Bilik Zaaba menjadi saksi, setiap perbuatan keji yang keterlaluan. Si junior mula menyimpan dendam. Kezaliman Senior Dajal mesti ditentang. Lalu kini,buku bertemu ruas. Senior Dajal menerima hukuman tidak terjangka dek akal. Hukuman yang membawa pengajaran besar buat mereka tetapi sudah terlambat untuk disesalkan. Selamat datang ke Bilik Zaaba, Bilik Neraka!
Authors
Aman Wan
Author · 15 books
Hazira Hanapi
Author · 8 books
Azanil Fitri
Author · 36 books
Fazla Idha
Author · 1 book
Haryani Kamilan
Author · 13 books