Ini cerita tentang Ahmad Abdul. Sepuluh orang penulis membina plot dalam setiap bab mengikut idea, gaya bahasa dan cara masing-masing. Bebas. Setiap bab ditulis secara berasingan. Tak seorang penulis pun tahu tentang apa yang ditulis penulis-penulis lain sehingga habis selesai keseluruhan novel. Trippy. Tunggang langgang. Skema. Rabak. Indah. Baik. Hancur. Pening kepala. Tenang dan apa-apa sahaja hal yang membingungkan. Ini antologi yang diujikaji. Novel yang dijadikan eksperimen kononnya boleh dan layak dipanggil sastera. (sinopsis diambil dari kulit buku)