Margins
Operasi Memikat Hati Bakal Mentua book cover
Operasi Memikat Hati Bakal Mentua
2026
First Published
4.37
Average Rating
405
Number of Pages

“Kau ni dah kenapa? Sanitise parcel ke sembur jin? Kalau orang hantar ikan kering, silap-silap boleh hidup balik ikan kena spray macam tu.” “Prevention is better than cure!” Pantang Hayyan jumpa Deena, mesti perang mulut. Tetapi demi Deena, hari-hari pun dia sanggup turun naik tangga asrama jururawat itu. Setelah setahun lebih jadi “abang kurier”, akhirnya hidup Hayyan yang sunyi mula rasa terisi. Namun dia takut dan malu. Macam mana kalau Deena tak suka dia pun? Suatu hari, Deena nyatakan hasrat untuk carikan housemate buat ayahnya sementara mencari rumah sewa baharu. Setelah kematian emak, ayah Deena duduk sendiri saja di kampung. “Mungkin ini jalan yang Tuhan nak bagi untuk aku,” fikir Hayyan. Hayyan tanpa lengah terus bersetuju kerana inilah satu-satunya peluang memikat Deena – bukan, memikat bakal mentua! Cuma, sehari dua, dia boleh lagi tahan. Lama-kelamaan, sikap Pak Daus yang degil dan perongos itu makin menjengkelkan. Mampukah Hayyan bertahan dengan Pak Daus supaya terbuka menerimanya? Atau mungkinkah susunan takdir berbeza untuk Hayyan dan Deena akhirnya?

Avg Rating
4.37
Number of Ratings
41
5 STARS
49%
4 STARS
39%
3 STARS
12%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved