
Panik
2018
First Published
3.31
Average Rating
271
Number of Pages
Dua kes kematian di tempat yang sama dan punca kematian juga sama, membuatkan kes ini semakin rumit. "Menurut abang si mati, sebelum ini si mati tidak pernah mengalami masalah jantung. Itu sebabnya dia pelik kenapa dalam surat kematian tulis itulah punca kematiannya." Siasatan demi siasatan dilakukan dan penduduk kawasan berhampiran mengatakan tempat itu memang berpuaka. Mereka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Setelah meneliti kes tersebut didapati bahawa mereka tidak punya bukti kukuh dan kuat untuk mengatakan ada sebab-sebab lain yang menyumbang pada punca kematian mereka. "Saya dah tahu apa yang berlaku pada Salleh semasa kematiannya." "Mangsa mati akibat kegagalan jantung. Tapi, ada sebab kenapa jadi begitu."
Avg Rating
3.31
Number of Ratings
13
5 STARS
8%
4 STARS
38%
3 STARS
38%
2 STARS
8%
1 STARS
8%
goodreads
Author
Zaifu Zaman Ahmad
Author · 18 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.