Margins
Pascasejarah book cover
Pascasejarah
2015
First Published
4.33
Average Rating
173
Number of Pages

Pascasejarah ialah fiksyen distopia dan pascaapokalips yang terbit daripada babak-babak sejarah. Mereka bangsa homocivilis yang membina istana peradaban di atas puing-puing silam. Lalu bangsa itu jugalah yang meruntuhkannya kembali menjadi debu sejarah. Pertelingkahan, keangkuhan, dan ketamakan ialah sebahagian daripada racun yang terus mengisi kota-kota kemanusiaan. Dua belas cereka di dalamnya disusun mengikut kronologi masa menjadi seminovel yang merumuskan sebuah zaman: Pascasejarah. Benarlah. Sejarah ialah bayangan masa depan yang boleh diramalkan. “Tak perlu seorang lagi Nostradamus, kita telah pun tahu. Ia hanya rumus yang berulang.”

Avg Rating
4.33
Number of Ratings
86
5 STARS
48%
4 STARS
41%
3 STARS
9%
2 STARS
1%
1 STARS
1%
goodreads

Author

Fahd Razy
Fahd Razy
Author · 12 books

Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005. Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama. Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved