Margins
Pelangi book cover
Pelangi
2009
First Published
4.28
Average Rating
241
Number of Pages

Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi... Ceritera I PELANGI – SYUD Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi... Tapi, Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi... Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan? * * * * Ceritera II KED’S STORY – HLOVATE Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal a lady... a romeo... a skater... Florida-Virginia ... Malaysia-USA Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker! kalau nak diikutkan logik.... cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu... masuk akal ke? * * * * Ceritera III RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing? “... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum. “Semua orang bilang mas sangat pendiam.” “... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.” Gadis yang aku suka? Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?

Avg Rating
4.28
Number of Ratings
1,152
5 STARS
49%
4 STARS
33%
3 STARS
15%
2 STARS
2%
1 STARS
1%
goodreads

Authors

Noor Suraya
Noor Suraya
Author · 18 books

Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini. Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi. ~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved