Margins
Peranan Intelektual book cover
Peranan Intelektual
1987
First Published
4.53
Average Rating
139
Number of Pages

Buku ini mengadungi lima buah karangan, oleh lima orang tokoh terkenal yang bersyarah tentang golongan intelektual dan peranannya. Mereka ialah: Usman Awang, seorang sasterawan Malaysia ternama yang lebih dikenali apabila membaca sajak-sajaknya yang mudah, indah akan tetapi sangat berisi; Pramoedya Ananta Toer, pejuang dan novelis agung Indonesia yang pernah ditahan selama 10 tahun di Pulau Buru tanpa bicara; Rustam A Sani, ahli akademik serta pengkritik sosial yang pernah diiktiraf sebagai intelek awam penting di Malaysia; Ahmat Adam, juga seorang ahli akademik, yang mengkhusus dalam bidang sejarah; dan Syed Husin Ali, seorang ahli akademik dan ahli politik yang dihormati umum. Buku ini juga mengadungi beberapa sajak berkaitan oleh Usman Awang dan Otto Rene Castillo, seorang penyair Amerika Latin yang terkorban di tanahairnya dalam perjuangan menentang pemerintahan kukubesi yang didukung oleh limperialisma Amerika Syarikat.

Avg Rating
4.53
Number of Ratings
68
5 STARS
62%
4 STARS
32%
3 STARS
4%
2 STARS
0%
1 STARS
1%
goodreads

Authors

Usman Awang
Usman Awang
Author · 7 books

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’. Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun. Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6. Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika. Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985. Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001. (sumber: wikipedia)

Ahmat Adam
Ahmat Adam
Author · 4 books
Datuk Dr. Ahmat Adam ialah Profesor Emeritus dalam bidang Ilmu Sejarah yang mula bergiat menulis sejak 1970an. Lulusan dari School of Oriental & African Studies ini telah menghasilkan 19 buah buku ilmiah, termasuk antaranya, Hikayat Raja Pasai (SIRD, Petaling Jaya, 2019), Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua) (SIRD, Petaling Jaya, 2018), The New & Correct Date of the Terengganu Inscription (SIRD, Petaling Jaya, 2017), Suara Minangkabau (Penerbit Universiti Malaya, 2012), Letters of Sincerity: The Raffles Collection of Malay Letters (1780 – 1824) A Descriptive Account With Notes and Translation, MBRAS, Kuala Lumpur, 2009), Sejarah Awal Pers dan Kebangkitan Kesadaran Keindonesiaan (Hasta Mitra & Perwakilan KITLV, Jakarta, 2003), dan resensi terbaru Sulalat u’s-Salatin (Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur, 2016) yang berasaskan naskhah Krusenstern, yang kini tersimpan di Perpustakaan Arkib Naskhah-Naskhah Oriental di St. Petersburg, Russia.
Pramoedya Ananta Toer
Pramoedya Ananta Toer
Author · 47 books

Pramoedya Ananta Toer was an Indonesian author of novels, short stories, essays, polemics, and histories of his homeland and its people. A well-regarded writer in the West, Pramoedya's outspoken and often politically charged writings faced censorship in his native land during the pre-reformation era. For opposing the policies of both founding president Sukarno, as well as those of its successor, the New Order regime of Suharto, he faced extrajudicial punishment. During the many years in which he suffered imprisonment and house arrest, he became a cause célèbre for advocates of freedom of expression and human rights. Bibliography: * Kranji-Bekasi Jatuh (1947) * Perburuan (The Fugitive) (1950) * Keluarga Gerilya (1950) * Bukan Pasarmalam (1951) * Cerita dari Blora (1952) * Gulat di Jakarta (1953) * Korupsi (Corruption) (1954) * Midah - Si Manis Bergigi Emas (1954) * Cerita Calon Arang (The King, the Witch, and the Priest) (1957) * Hoakiau di Indonesia (1960) * Panggil Aku Kartini Saja I & II (1962) * The Buru Quartet o Bumi Manusia (This Earth of Mankind) (1980) o Anak Semua Bangsa (Child of All Nations) (1980) o Jejak Langkah (Footsteps) (1985) o Rumah Kaca (House of Glass) (1988) * Gadis Pantai (The Girl from the Coast) (1982) * Nyanyi Sunyi Seorang Bisu (A Mute's Soliloquy) (1995) * Arus Balik (1995) * Arok Dedes (1999) * Mangir (1999) * Larasati (2000)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved