Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (415) 851-1676
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Perfect A
Perfect A
Series · 2 books · 2021
By
Ain Maisarah
,
Haziq Ridzuan
Books in series
#1
Sis Solehah Perfect A
2021
Syed Siddiq, pelajar harapan sekolah yang petah berkata-kata. Dianugerahkan pingat kepimpinan bertaraf antarabangsa, menjadi kebanggaan buat Maahad Tahfiz Integrasi As Syifaa’. Oleh sebab itu, beliau ditawarkan jawatan Ketua Pelajar oleh tuan pengetua. Namun, cadangan melantik Syed Siddiq dibantah segelintir guru kerana mengaggap jawatan pemimpin pelajar harus dipilih oleh pelajar sendiri, dan bukannya guru yang syok sendiri. Justeru, lahirlah keputusan mengadakan pilihanraya kecil memilih Ketua Pelajar sesi persekolahan yang baru. Nama Nik Jannah disebut-sebut sebagai pesaing paling hebat yang setaraf dengan kegemilangan Syed Siddiq di sekolah. Syed Siddiq tidak puas hati kerana baginya, dia adalah yang paling hebat. Apatah lagi, Nik Jannah adalah pelajar perempuan. Memang tidak layak menjadi ketua! Pelbagai strategi dilaksanakan bagi memenangi hati para pelajar mengundi calon pilihan. Syed Siddiq menubuhkan Barisan Remaja Nasional (BRN), bersama dengan dua orang rakan subahat, Hadid Qamal dan Ammar Bahrin. Manakala Nik Jannah pula memelopori Pergerakan Usrah Seluruh Aspuri (PUSPA) dengan dibantu oleh orang kanan yang setia, Siti Hajar dan Sarah. Dua calon ketua dengan ideologi yang sangat berbeza. Memenangi hati pelajar bukanlah mudah. Para calon saling berbalah dan bertikam lidah untuk membuktikan siapakah yang paling layak bergelar Ketua Pelajar. Syed Siddiq berlakon alim-alim kucing semata-mata mahu menawan hati pengundi. Persaingan menjadi ketua pelajar semakin sengit. Membuatkan calon mula bermain secara kotor. Fitnah dijadikan acuan utama. Budaya tular-menular menjadi perosak imej dan nama. Nik Jannah terpalit kontroversi yang memaksa dirinya menarik diri daripada pilihanraya kecil pemilihan ketua pelajar. Oleh yang demikian, Syed Siddiq menang tanpa bertanding. Namun, adakah keputusan itu berakhir di situ? Bagaimana pula dengan penerimaan pelajar? Mampukah Syed Siddiq menggalas tugas sebagai ketua pelajar yang disegani ramai? Apakah pula nasib yang menanti Nik Jannah? Mungkinkah kebenaran akhirnya tersingkap jua? Ketahui kisah pemilihan paling kontroversi dalam SIS SOLEHAH PERFECT A!
#2
Miss Manja Perfect A
2021
Che Habibah binti Zahidi atau lebih dikenali dengan panggilan Che Bee adalah gadis remaja yang manja dan menjalani kehidupan penuh sambil lewa dan sering bersuka ria. Kehidupannya dianggap sempurna kerana dia memiliki segala-galanya. Kecantikan wajah, harta, dan rakan-rakan berfoya-foya yang setia. Ke mana sahaja dia pergi, pasti akan ditemani oleh kucing import, Snowy yang menjadi simbol kemegahan diri. Namun, segala kesempurnaan tentulah ada kekurangannya. Che Bee kurang didikan agama dan langsung tidak ambil kisah perihal tuntutan ibadah. Berita kematian arwah neneknya amat mengejutkan kerana semua berlaku secara tiba-tiba. Che Bee yang pernah rapat dengan arwah nenek turut berasa kehilangan. Sehari selepas berita kematian, sesi bacaan wasiat diadakan. Semua ahli keluarga berkumpul ternanti-nanti pembahagian harta oleh arwah nenek yang berjuta-juta. Disangka emas jatuh ke riba, rupanya batu bata yang diterima. Wasiat arwah nenek Che Bee sungguh tidak terduga. Mmebuatkan adik beradik ibunya semua marah dan naik angin tidak bersyukur dengan semua wasiat peninggalan. Che Bee sendiri berasa hairan. Pun begitu, takdir berubah apabila tiba-tiba nama Che Bee turut tersenarai sebagai pewaris penerima harta. Tetapi, ia datang dalam bentuk cabaran yang perlu diselesaikan dengan sempurna. Jika tidak, ucapkanlah selamat tinggal kepada harta. Kabur dengan kehendak harta duniawi, Che Bee menyahut cabaran arwah nenek dalam usaha merebut harta pusaka. Langit sememangnya tidak selalu cerah. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi oleh Che Bee dalam perjuangan menjadi pewaris harta. Banyak pengajaran mengenai liku-liku kehidupan turut membuka mata Che Bee terhadap persepsi kehidupan. Che Bee terpaksa bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran, merubah gaya hidup dan penampilan, malah sehingga hilang kawan dek kerana terpaksa memenuhi tuntutan cabaran. Mampukah Che Bee mengharungi semua itu? Berjayakah dia menjadi pewaris harta pusaka berjuta-juta? Adakah seorang gadis manja bertaraf diva sepertinya berupaya menyelesaikan semua cabaran dengan jayanya? Ketahui kisah penuh cabaran penuh pengajaran dalam MISS MANJA PERFECT A!
Authors
Ain Maisarah
Author · 122 books
Haziq Ridzuan
Author · 22 books