Fiqa merupakan seorang remaja yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dan berpindah ke tempat baharu. Pertemuannya dengan Hafiz dan Hanna telah menginspirasikan dirinya untuk berusaha dan berubah menjadi muslimah yang lebih baik dan sempurna. Namun, kesempurnaan itu bukanlah apa yang disangkakan sebenarnya.