Margins
Pewaris Puteri Bestari book cover
Pewaris Puteri Bestari
2022
First Published
4.06
Average Rating
290
Number of Pages

Hikayat Puteri Walinong Sari ada mengatakan, sang puteri hilang ketika pergi mencari cinta sejatinya di puncak Gunung Tahan. Bagaimana jika bukan itu pengakhirannya? 28 tahun menjalani hidup tanpa perkaitan dengan keluarga datuknya iaitu Tuan Dharma, Ariella tiba-tiba diminta pulang ke Rumah Agam Dharmawala. Tiba masanya untuk dia mewarisi Keris Walasuri; harta yang tidak bernilai harganya buat keluarga itu. Dalam keraguan Ariella untuk menerima, Keris Walasuri dicuri seseorang! Menggalas tanggungjawab untuk mencari keris itu semula, Ariella harus mengembara ke Kayangan; sebuah tempat yang tersembunyi daripada mata kasar manusia biasa. Dan tanpa disangka, takdir menemukan Ariella dengan seorang lelaki seperti jelmaan Pendekar Mustar! “Kenapa kau tak bawa aku ke sini sewaktu kita sampai di Bumi?” “Sebab jauh. Dan aku tak mahu dilihat travel dengan seseorang yang berpakaian macam Pendekar Mustar.” Kemunculan Samuel yang mencari cucuk sanggul peninggalan seseorang daripada kisah silam Ariella dan keazaman Anika untuk memilik Keris Walasuri menarik Ariella masuk ke dalam dunia aneh yang penuh cabaran. Mungkin juga cinta? Dan kerana dialah satu-satunya pewaris yang layak, Ariella tekad untuk menang. “Apa yang kau tahu tentang Puteri Walinong Sari?” “Puteri Walinong Sari? Apa kaitan Walinong Sari dengan keluarga kau?”

Avg Rating
4.06
Number of Ratings
33
5 STARS
30%
4 STARS
48%
3 STARS
18%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved