Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚
Plot Twist
Thariq Ridzuwan Commando's
His Treasure
Hudanajwa
Thariq Ridzuwan, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah. Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang. Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat. Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang. “I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am”- Husniya Radwa. Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya. “Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone.”- Thariq Ridzuwan. Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan. Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.
Mahadewi
Legenda Ratu
Elvroseth
Hutan Sankala dan Batu Samsara membawa setiap jiwa menyelusuri sebuah legenda masa lalu…. Pada suatu zaman dahulu, wujudnya seorang ratu yang sangat cantik dan anggun. Ratu penjaga Gunung Sankala. Jika ada orang bangsawan yang mahu melamarnya, dia akan meletakkan syarat-syarat yang aneh sehingga mereka berputus asa. Ratu Sankala, sungguh jelita dan berpancasona! Dan bagaimana jika si Tuan Putera Musang berjanggut bertemu dengan Ratu bersyarat tujuh? Cinta yang hilang kini datang kembali di dalam perbezaan zaman dan waktu. Misteri terungkai dan sejarah terlerai. Kini tiba masanya dongeng menjadi realiti. Dan semuanya… bagaikan sakti.
📚 Plot Twist