
Hidup ini padang uji. Laksana pelawanan bola sepak yang menguji kehandalan seorang pemain, kemantapan sebuah pasukan, dan lebih daripada itu, menguji kedirian insan telus tulus, jujur, setia kawan. Nizam terasuh oleh prinsip. Biar dia harus berdepan dengan sesiapa pun. Ibarat perlawanan di padang yang diadilinya, hidup fitrahnya menuntut keadilan, walau ditentang, walau dihalang. Tidakkah hairan, YB merayu agar kekerasan yang berlaku atas nama sukan disenyapkan daripada penguasa undang-undang? Antara rasa hormat dan tertindas, dia bingkas bertindak. Gumpalan akhbar, kad nama, nomor siri pada bingkai kaca mata, rakaman suara, gambar foto, kesan tayar, serta banyak lagi dikumpul sebagai bukti... Kerana perlawanan bagi mereka hanyalah perlagaan, bola sepak bukan lagi lapangan sukan arena laba dan kuasa bahkan. ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004 Pertama Advencer Si Peniup Ney Faisal Tehrani Kedua Detektif Indigo Faisal Tehrani Ketiga Priiit! Alias Ismail