Margins
Projek Seram book cover 1
Projek Seram book cover 2
Projek Seram book cover 3
Projek Seram
Series · 25
books · 2016-2019

Books in series

Projek Seram book cover
#1

Projek Seram

ISTANA

2016

Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang? Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’. Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan. Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya / KORBAN GANGREN, NAIM TAMDJIS Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istana Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melalui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.
Projek Seram book cover
#2

Projek Seram

WAD

2016

“Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!” / PRANK – ZAIFUZAMAN AHMAD Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1,000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar-benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau. / BOURRE 304 – HASRUDI JAWAWI Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dia jaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu mengganggunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu? Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik-tarik selimut ni? / HOSPITAL MELORSARI – JULIE JASMIN Ambulans yang sepatutnya membawa mereka ke Hospital KPJ sudah tersilap hospital membawa mereka ke Hospital Melorsari. Kehilangan demi kehilangan pesakit di Hospital Melorsari menjadi tanda tanya. Apakah kisah di sebalik kehilangan pesakit-pesakit di sini? Apakah rahsia yang tersimpan di Hospital Melorsari? Hati-hati... jangan sampai jadi mangsa. / BILIK 13 – EBRIZA AMINNUDIN Addin Adilla merupakan jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri berasa pelik apabila dia menjejaki kaki ke wad 13. Orang-orang di sana cukup berbeza sekali dengan orang-orang di wad biasa membuatkan mindanya berkecamuk memikirkan tentang mereka.
Projek Seram book cover
#3

Projek Seram

LOMBONG

2016

“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” / TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah diarahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya? Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. / PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa. Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan. / LOLONGAN LOMBONG LAMA – ZYRA SAFIYA Berdekad-dekad, tasik lombong yang membohongi warga kota dengan kedamaiannya menyimpan sejarah penuh keganasaan dan kegilaan. Semuanya bermula dengan Itam yang ghairah mahu memiliki kuasa menjadikan Samira mangsa untuk dikorbankan. Namun, perancangan manusia yang tidak sempurna menyaksikan pemburuan berterusan untuk mengenyangkan si buaya putih. Dendam yang membuak memastikan satu keturunan perlu dilenyapkan dan satu jiwa perlu menjadi hamba. Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati, kerana yang hilang tidak semestinya mati. / BADARSILA Tasik lombong di belakang vila milik arwah ayahnya sama seperti di dalam mimpi-mimpi aneh berulangnya sebelum ini. Di tasik itulah Mustikah tenggelam kelemasan dengan kedua-dua kaki dan tangannya berikat. Akan muncul seorang perempuan seiras wajahnya lalu mencekiknya sehingga mati. Dia yakin mimpi-mimpi anehnya itu bukan sekadar mimpi biasa. Siapa sebenarnya perempuan seiras wajahnya yang muncul di dalam mimpimimpinya selama ini?
Projek Seram book cover
#5

Projek Seram

CERMIN

2016

Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy. Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin. Ku bawa kau dalam matiku! / RASUKAN AYUNINDYA Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan di antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya? Tenung aku, puja aku naik seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku! / SINRNA SERI Setiap pemilik almari cermin solek itu pastinya akan mengalami perkara-perkara aneh dan boleh meragut nyawa mereka kalau tidak berhati-hati. Apakah rahsia yang tersimpan pada almari solek cermin itu? Adakah benar ungkapan ‘jangan asyik tengok cermin saja, nanti seri muka ditarik cermin’?
Projek Seram book cover
#7

Projek Seram

AIRPORT

2016

ZON HITAM – HELMI EFFENDY ~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia~ Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya. LAPANGAN TERBANG BERPUAKA – NOORFADZILLAH ~ Bila sudah daftar masuk maka keluarnya dengan tiket kematian~ Di kala Pan Borneo Agensi mengalami masalah kewangan. Muncul insan misteri bersama tawaran setengah juta dengan syarat dokumentasikan Lapangan Terbang Akarak sebelum tempat itu dimusnahkan. Dayang Erdina bersama satu team dihantar ke sebuah lapangan terbang lama di Pulau Akarak, Sabah. Ini satu peluang yang sangat mengujakan. Ini juga satu rezeki datang tidak terduga. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa inilah jalan daftar masuk dan mati dialu-alukan oleh roh-roh kejam menantikan jiwa murni. BLURB DESTINASI TERAKHIR - AZIAH ZAINAL ~jahat dibalas jahat~ Mengisahkan Hazrin seorang anak keluarga berada yang sangat sayangkan kekasihnya Nora. Pada suatu hari Nora ditugaskan untuk bertugas di Indonesia dan sesuatu yang aneh telah berlaku kepada Nora yang menyebabkan mereka berpisah. Kapal terbang yang dinaiki Nora hampir terhempas. Kehadiran Fara seorang pramugari cantik menyebabkan Hazrin leka dengan cintanya. Berjayakah Nora berjumpa kekasihnya semula dan siapakah yang bertanggungjawab di atas semua kejadian ini? BANDARA ANGKER – AIDA ADIA ~Jangan dicabar keramatnya~ Akibat keceloparan dan sikap kurang beradabnya di tempat-tempat yang terkenal dengan keramatnya di Yogjakarta, Ali Imran ‘ditunjukkan’ sesuatu yang membuktikan bahawa segala yang mustahil baginya wujud atas keizinan ALLAH! Ali Imran ‘dibawa’ ke alam lain dan melalui perkara-perkara mistik dan menyeramkan di tempat-tempat keramat yang pernah dia persendakan sebelum ini.
Projek Seram book cover
#8

Projek Seram

PULAU

2016

PUAKA BELULUT – NAIM TAMDJIS Ia jangan dicari, kelak menyesal apabila ia muncul... Jirin dan Misran dua orang sahabat baik yang gemar menginap di bangunan atau kawasan yang seram dan mempunyai misterinya sendiri. Mereka akan merakam sambil mengalami kejadian atau perkara aneh. Satu ketika, mereka telah pergi ke Pulau Jerejak. Pelbagai perkara aneh dan menggerunkan terjadi di situ! FLOR DE LA MAR – S. KAUSARI Yang tersembunyi jangan dicari atau diganggu Jurnal yang terjatuh ke tangan tiga orang wanita menyimpan rahsia tentang harta karun pada zaman Kesultanan Melaka yang disembunyikan di Pulau Besar dan di beberapa lokasi lain selepas serangan Portugis. Perjalanan mereka ke pulau itu telah membawa kepada berlakunya pelbagai kejadian misteri dan mistik. Tanpa disedari, bahaya menanti mereka kerana ancaman sebuah sindiket antarabangsa yang berpakat dengan makhluk halus. MALAM BERDARAH - ILLYA ABDULLAH Selangkah kau melangkah masuk, sukar untuk kau melepaskan diri! Percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan indah telah meninggalkan mimpi ngeri buat pasangan suami isteri, Zafril dan Leeanna. Pakej penginapan yang ditawarkan hanya sekadar mengaburi mata mereka. Tanpa disedari, maut sedang menanti mereka di sana. Mereka bakal dijadikan korban untuk ‘penyucian’ tanah resort itu.
Projek Seram book cover
#9

Projek Seram

RESTROOM

2016

Jalan Kematian – Akma Saidon ~Pilihlah... aku beri kau dua pilihan~ Satu demi satu ahli kumpulan Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi Kem Serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas? Seriau – Aziah Zainal ~ Jangan biar ia mengawasi diri!~ Mak Andak tidak disenangi oleh penduduk Kampung Serumpun sejak dulu lagi kerana mengamalkan ilmu hitam. Tiada siapa yang mampu menghalau Mak Andak dari kampung itu. Sehingga terjadi satu kemalangan yang menyebabkan Sarah terpaksa pulang ke kampung itu dan membawa Salina bersamanya. Sarjan Khalil yang mendapat laporan mengenai kehilangan binatang ternakan di Kampung Serumpun menjadi hairan apabila semakin dia membuat siasatan semakin dia merungkai misteri kisah Mak Andak. Dendam Seri - Fazrin Fauzi ~ Tiada yang mampu menangkis dendam selain korban nyawa~ Kemunculan Seri sejurus selepas pintu tandas yang sudah lama terkunci itu dibuka membawa kepada pelbagai kejadian aneh. Hampir setiap hari kehidupan di asrama SMK Mayang Sari diselubungi misteri. Beberapa nyawa juga telah menjadi korban dendam kesumat. Keadaan semakin teruk apabila ada nyawa yang bakal diragut di dalam tandas tersebut. Nyawa keturunan terakhir yang telah ditunggu-tunggu hampir bertahun. Darah harus berganti darah. Nyawa perlu berganti nyawa.
Projek Seram book cover
#10

Projek Seram

HOSTEL

2016

Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka? Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu? Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER Herlina bukan tiada pendidikan tinggi tetapi desakan hidup membuatnya terima sahaja pekerjaan maid di Borneo Amazon Homestay, Tawau. Sebuah pusat penginapan tidak jauh dari Lost World, Maliau Basin Sabah sangat pelik tempatnya. Setiap malam di bilik hostelnya, ada sahaja gangguan yang dialaminya. Peliknya hanya dirinya sahaja mengalaminya. Kenapa yang lain santai dan tiada? Blok ‘Rawalingga’ itu mempunyai struktur bangunan lain dari yang lain. Lalu, perlahan-lahan semakin terbongkar rahsia gelap kejahatan bersemadi di tapak hostel itu. Semuanya bermula dari ratusan tahun dahulu. Jaga-jaga! Jangan terpedaya apa yang kau lihat. / PETAKA DI RAWALINGGA Lima gadis, dengan agenda tersendiri menyertai satu penggambaraan telemovie realiti seram yang dikelolakan oleh seorang pemuda bernama Syahsyamusa. Daliana, Rosmuna, Widelia, Amani, Faeza dan Cahaya berjaya dalam uji bakat yang diadakan. Mereka ditawarkan dengan wang sebanyak RM 50,000 sebagai bayaran. Sebuah Hostel yang baru dibina tidak diduduki menjadi sasaran lokasi penggambaraan. Pelakon-pelakon hantu bersedia untuk memainkan peranan.Dan kisah seram lima gadis itu pun bermula… Jangan celopar, bila jumpa di depan mata baru kau diam! / SYY...
Projek Seram book cover
#11

Projek Seram

KERUSI

2016

Sekali Melangkah, Kau Milikku... Jasmin ditemui mati ketika Zahurin dan Syahir bertengkar besar. Beberapa bulan kemudian, keluarga Sufian berpindah ke rumah keluarga Syahir itu. Sejak Aliana menyusun semula kerusi di ruang keluarga, satu demi satu kejadian yang pernah berlaku kepada keluarga Syahir dialami pula oleh keluarga Sufian. Apakah sebenarnya yang berlaku? MEREKA ADA, MEREKA LICIK / BELA Iman Lutfi telah membawa keluarganya ke sebuah banglo berbentuk istana untuk menilai barang-barang antik yang terdapat di sana. Tanpa diduga, suatu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku apabila seorang demi seorang anaknya didapati hilang. SEKALI MELANGKAH, KAU MILIKKU / ANTIK Kehidupan Amrun berubah sejak dia membeli sebuah kerusi terpakai berwarna merah darah. Daripada seorang penulis novel seram yang tidak glamor, nama Amrun mendadak menjadi penulis novel seram nombor satu Malaysia. Novelnya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Namun, hidupnya terganggu apabila dia sering dihantui oleh satu roh lelaki yang mati terbakar. ADAKALANYA, IMPIAN MENGHANCURKAN KEHIDUPAN / KERUSI MERAH BERDARAH
Projek Seram book cover
#12

Projek Seram

KEM

2016

KISAH LATIFAH - Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit. Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan. KISAH MALAM JUMAAT - Zaifuzaman Ahmad Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram. KEM RAHSIA - Aida Adia Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”
Projek Seram book cover
#13

Projek Seram

LIF

2017

Kau Kuseru - Ninie Othman Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persolan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga ke penghujung dengan selamat? Khilaf – Resmanshah Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah lif. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Siang dan malam tidak terjadi dengan hukum yang sepatutnya. Tiada logik yang terjadi di dalam dunia kau lagi. Kau berjumpa dengan manusia yang sudah lama mati. Kau melihat puluhan manusia yang terjun dari tingkat paling atas sebuah hotel mewah, bangkit semula dalam keadaan yang mengerikan. Kau dikejar mayat hidup yang mirip dengan rupa kau. Kau berdepan dengan situasi dan kejadian yang sepatutnya sudah menjadi masa silam kau. Sehinggalah pada suatu ketika, kau berdepan dengan hakikat ‘YANG KAU AKAN MATI DALAM KEADAAN YANG AMAT MENGERIKAN!’ Aras 77 – Helmi Effendy Sepuluh tahun selepas berdirinya Menara Gergasi, ia turut menarik perhatian pasangan pemburu hantu legenda iaitu Ikhwan dan Zulaikha untuk menyiasat kes kematian yang sering berlaku di menara pencakar langit tersebut. Siasatan mereka membawa kepada lif menara gergasi yang selalu membawa mereka ke hidden floor yang merupakan tingkat tersembunyi bersemadinya belasan makhluk halus yang datangnya entah dari mana. Mampukah Ikhwan dan Zulaikha menentang mereka dan menghapuskan kes paranormal yang selalu berlaku di Menara Gergasi?
Projek Seram book cover
#14

Projek Seram

POKOK

2017

MEGALOMANIA – EBRIZA AMINNUDIN Azad telah membawa keluarganya berpindah ke rumah baru yang dibeli dengan harga agak murah akibat tidak tahan mendengar leteren ibu mertuanya dari hari ke hari. Hidup yang aman mula bertukar menjadi tidak keruan apabila mereka sekeluarga mengalami sesuatu yang di luar jangkaan. Apa yang dilihat tidak seperti apa yang berlaku membuatkan mereka mengambil tindakan di luar kawalan. Adakah masalah itu dapat diatasi? Apakah puncanya ia berlaku? Tiada iman, maka jiwamu milikku. / MEGALOMANIA MAKKAR – AZIAH ZAINAL Azuna, Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di Pulau Penantian. Program mencari harta karun adalah satu taktik untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke pulau yang indah itu. Namun, setelah mereka sampai ke sana sesuatu telah berlaku. Tanpa mereka sedar ada makhluk yang sentiasa merayap di pulau itu sambil memburu mangsanya. Jika tersalah langkah maut padahnya. Berjayakah mereka keluar daripada pulau itu dengan selamat ataupun hanya maut sahaja jalan keluarnya? Jika percaya kata-katanya, maut padahnya./ MAKKAR FABEL – SYASYA BELLYNA Waktu yang berlalu tidak mengubah apa-apa. Peristiwa yang bermula pada tahun 1950 telah berulang sehingga menginjak ke tahun 2017. Persengketaan antara dua pihak iaitu di antara pengiring bala dan pendukung kebaikan telah mengakibatkan banyak nyawa menjadi korban. Fabel, si penguasa rimba yang mencetuskan angkara dan menyesatkan ramai manusia. Apakah kesudahan peristiwa itu? Adakah Fabel terus menguasai alam rimba? Pabila pembisik kejahatan menyeru namamu, kau jadi tunggangannya. / FABEL
Projek Seram book cover
#15

Projek Seram

KOLEJ

2017

SUMPAHAN FAZRIN FAUZI Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik sahaja Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan itu? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina? Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa! TIGA ZYRA SAFIYA Apabila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok mencari hantu, dia tidak menyangka apa yang mereka cari di luar membongkarkan rahsia berdekad lamanya di kolej mereka. Gangguan dan jelmaan kian mengulit kehidupan mereka. Buruan telah bermula. Pemujaan syaitan dilakukan demi kuasa. Dan demi kuasa, manusia sanggup membunuh. Satu manusia. Tiga darah. Darah sama merah. Hati lain-lain! ROH JESSY MOJURU Serakah manusia membuat roh mereka hidup sekian lama. Dalam sisi gelap ini, jiwa dan roh mereka tenat, azab menanggung beban dendam. Seseorang harus dikorbankan sebagai bayaran terhadap kezaliman dan penindasan yang telah disengajakan. Lantas diheret ke dunia kelam ini untuk merungkai jenayah silam. Kau milikku setelah kau cabut nyawaku!
Projek Seram book cover
#16

Projek Seram

MITOS

2017

EQBAL MOHAYDEN Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an! Di kala malam menjelma, dia datang memburu nyawa/ MARIA LABO AKMA SAIDON Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan.Mampukah dia lari daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya? Kecantikkan itu akan membunuhmu!/ MIYONGKKAE SUZANI NADZIR Hidup Sastra dipenuhi dengan perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang. Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati? Pabila keangkuhan memakan diri, kemaafan dituntut sehingga mati!/ MARYATI
Projek Seram book cover
#17

Projek Seram

TANAH

2017

GEGAR TANAH – SYAIDA ILMUNA ~Jangan biar kau terperangkap!~ Daniel dan Natasya ditimpa kemalangan teruk ketika melalui lebuh raya untuk ke Sungai Petani. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, pasangan suami isteri ini didatangi makhluk berlidah panjang yang sedia untuk meragut nyawa. Tanpa diduga, datang seorang lelaki misteri yang membantu dan kemudian membawa mereka ke sebuah kampung yang terselindung dari pandangan orang biasa. Siapa Bidan Sufiah dan Khalif? Apa sengketa mereka dengan Dukun Jamilah? Dan sebenarnya... di mana mereka berada sekarang? PETAKA – AKMA SAIDON ~Janji ditabur menuntut galang ganti!~ Athira salah seorang ahli kumpulan pementasan teater Persatuan Belia Laksamana Bayu Sutera mencadangkan kumpulannya untuk menggunakan tanah lapang bersebelahan balai raya kampung mereka sebagai tempat latihan pementasan mereka. Uwaish selaku ketua pementasan teater itu bersetuju tanpa berfikir panjang akibat tindakannya itu walaupun ditegah oleh Wirda. Persetujuan daripada ahli yang lain juga melegakan kembali hati Uwaish yang walang. Kata putus dibuat dan sejak itulah tapak tanah itu dijadikan tempat latihan buat mereka. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memandang. Tanpa mereka tahu, ada semangat yang telah mereka hidupkan kembali! AYUNAN RESORT – SAIDEE NOR AZAM ~Kami akan berada di tanah ini untuk selama-lamanya.~ Tahun berganti tahun, akhirnya sebuah tanah yang dahulunya menjadi tempat pemujaan dan menyembahan telah dibeli oleh seorang hartawan yang terkenal. Tanah yang dahulunya tiada sesiapa di kalangan penduduk Kampung Seberang berani hadir, kini sudah terbina sebuah resort yang tersergam indah dan menarik untuk para pelancong menginap dan bersantai. Akan tetapi satu demi satu peristiwa hitam dan berdarah berlaku di resort berkenaan. Sehinggalah datang seorang novelis seram terkenal ke resort itu. Apakah pengakhiran kisah di tanah resort itu? Adakah tanah itu akan terus bermandi dengan darah?
Projek Seram book cover
#18

Projek Seram

TEROWONG

2017

LRT – A. DARWISY ~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~ Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri? TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA ~kau ghaib pendamping berganti~ Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan? GHAIB – ZAIFUZAMAN AHMAD ~kebenaran yang kau cari ada di sini~ Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?
Projek Seram book cover
#19

Projek Seram

OFIS

2018

Ada misteri di sebalik lukisan. / ORKID - NAIM TAMDJIS Arman mula bekerja dengan Syarikat Faz & Chong Development, sebuah syarikat pembinaan terunggul di Lembah Klang. Memandangkan baru bekerja di situ, Arman perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang tertangguh. Bermula dengan pengawal tua yang pelik dijumpainya semasa pulang ke rumah lewat malam. Pelbagai kejadian pelik berlaku. Perkenalan dengan Kemboja dan Orkid yang tinggal di tingkat paling atas menjadi misteri kepada Arman. Malah, di tingkat atas pejabat itu berlaku kejadian-kejadian di mana dua orang pengawal keselamatan hilang. Kejadian bunuh diri oleh rakan sekerja Arman, Sandy menyebabkan keadaan bertambah kecoh. Apa yang sedang berlaku? Walau jasadku hancur, pulangkan milikku. / USIK - JULIE JASMIN Khalil dan Azim merupakan sahabat baik di sebuah pejabat. Suatu hari, Khalil dengan secara tak sengaja telah menceritakan kisah seram Manisa kepada Azim . Sejak itu, bermulalah kisah-kisah ganjil dan gangguan yang sering menghantui pekerja di bangunan ofis itu. Misteri kematian Manisa semakin tersingkap apabila Azim diganggu dalam lif dan jelmaan Manisa meminta Azim memulangkan barang miliknya. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah misteri kematian Manisa dirungkai? Kerana dendam, dia kembali menghantui. / LEMBAGA HITAM - NOORFADZILLAH Berkobar-kobar rasanya bila mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Hal itulah yang dirasai oleh Salina saat berjaya mendapat pekerjaan di AHO Holding. Namun di hari pertama bekerja lagi, Salina sudah mengalami gangguan mistik. Alasan yang tidak mampu dijelas dengan akal waras. Majikannya, Tuan Azhar pada awalnya menganggap cerita jujurnya itu satu khayalan. Namun, gangguan itu bagaikan parasit merebak dengan cepat dan menghantui pekerja yang masuk campur. Ada rahsia menjadi dalang dan puncagangguan di pejabat itu. Rahsia yang mahu menjahanamkan keluarga Tuan Azhar, pejabat dan warga syarikatnya.
Projek Seram book cover
#20

Projek Seram

TREN

2018

Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu? Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB / AZIAH ZAINAL Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan stesen tren itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama sekali kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen tren itu berhubungkait dengan penduduk kampungnya. Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG / ZYRA SAFIYA Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap tujuh belas tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demi meminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Satu per satu mahu menjadi teman Suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, satu per satu pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Dan apa kaitannya dengan epal merah dan komuter? Aku hanya mahu berteman… / EPAL MERAH DAN KOMUTER HANTU/ SUFI ABQARI
Projek Seram book cover
#21

Projek Seram

RADIO

2018

Ritual - Fitri Hussin Tagline: Diseru lalu menyeru! Kereta yang dipandu Amar dan ditumpangi Noni kekasihnya, terbabas ke dalam gaung. Rakan sekonvoi, Budi, Zaid dan Razi turun ke gaung untuk memeriksa kereta itu dan mendapati Amar dan Noni tiada di dalam kereta yang remuk teruk itu. Sedang mereka mencari tubuh Amar dan Noni di kawasan sekitar, salah seorang daripada mereka ternampak kelibat seseorang memikul sesuatu. Mereka bertiga mengekori kelibat itu sehingga sampai di satu kawasan seperti sebuah kompleks bangunan lama. Siapa yang membawa mereka ke situ? Kenapa mereka dibawa ke situ? Apa cerita di sebalik kejadian itu? Siapa dalang di sebalik semua kejadian seram dan aneh itu? Bising - Syaida Ilmuna Tagline: Ia masih belum selesai... Cadangan asal Nedim, Erina, Wong dan Shafiq sebenarnya ingin membuat Projek Sains. Namun tidak disangka, rancangan mereka itu melencong selepas Erina hilang disorok dimensi lain dan Nedim pula jadi tidak tentu arah tiba-tiba hampir merempuh sebuah rumah usang di Kampung Bayan. Dapatkah Erina diselamatkan? Apa pula misteri di sebalik walkman yang sering keluarkan bunyi pelik? Tak semua perkara yang dah selesai, benar-benar selesai. Penangan - Julie Jasmin Tagline: Aku wujud dalam urat darahmu, merasukmu, menyesatkan kamu! Entah apa yang menariknya pada radio hitam milik arwah Nek Som itu sehinggakan Hamidah sanggup membawa radio tu balik ke Kuala Lumpur. Radio itulah yang menjadi peneman setiap kali dia mengulangkaji pelajaran. Semenjak itu sikap Hamidah berubah. Dia memerap sahaja dalam bilik dengan radio itu. Kejadian ganjil mula terjadi di dalam rumah itu. Lebih memburukkan keadaan, kemunculan kelibat wanita bermuka pucat berambut panjang dalam bilik Hamidah menambahkan lagi keanehan di dalam rumah. Apa rahsia yang tersimpan dalam radio hitam milik Nek Som sehinggakan Hamidah menjadi begitu rupa dan rumah disinggahi puaka?
Projek Seram book cover
#22

Projek Seram

TOYS

2018

Nazri, Munirah dan anak-anaknya, Iskandar serta Hana berpindah ke sebuah rumah sewa bagi memulakan perniagaan restoran baru. Rumah itu pernah mengalami kebakaran dan budak bernama Syaqila yang terperangkap di dalamnya masih tidak diketahui penduduk di situ. Setelah terjumpa kotak berisi mainan di stor, pelbagai kejadian aneh mula menimpa Iskandar dan Hana. Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh Iskandar supaya gangguan itu berakhir. Akhirnya, terbongkar apa yang sebenarnya telah berlaku kepada Syaqila. Dia muncul kerana ada perhitungan yang belum selesai! / SAYANG SYAQILA Satu demi satu musibah melanda keluarga Pak Cik Mail. Namun dia reda walaupun dia sendiri meragui mengapa ianya terjadi kepada keluarganya. Akhirnya, dia menemui jawapan apabila menyedari segala musibah yang berlaku berpunca setelah anaknya, Diana membawa pulang teddy bear yang dipanggil Cik Teddy yang dijumpainya di belakang rumah. Namun apa yang berlaku, bukan Cik Teddy itu sahaja penyebabnya. Ada penemuan lain yang lebih mengejutkan! Apa kena-mengena teddy bear itu dengan keluarganya? Dan apa pula penemuan lain yang dimaksudkan itu? Berjanji dengan jin, dituntutnya sampai mati! / MISTERI CIK TEDDY Yuna dan patung Masako berkawan sejak kembarnya menemui ajal secara tragis. Pembunuhan berdarah yang tidak terungkap itu telah mengheret Yuna ke dunia kelam. Beberapa kematian misteri mengekori Yuna selepas itu. Mangsa demi mangsa terkulai tanpa nyawa dan mati dalam keadaan ngeri. Bertahun begitu sehinggalah kemunculan Zak. Zak adalah seorang Detektif Persendirian. Kes Yuna amat misteri dan mendorongnya untuk campur tangan. Berjayakah Zak menjejak dalang sebenar terhadap pembunuhan zalim yang membayangi hidup Yuna? Siapa sebenarnya Yuna dan patung Masako? Hati yang terluka berdarah mengelamkan jiwa kasihnya! / SHIBUYA HAUNTED
Projek Seram book cover
#23

Projek Seram

MUZIUM

2019

“Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” / KAIN IBU SYAITAN (A. DARWISY) Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” / CANANG ANISAH (SUZANI NADZIR) Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan itu. “Cinta terpasung, cinta berdarah.” / PASUNGAN (FAIZUL RAHIM) Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah itu telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belasan tahun yang lalu sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Raisya untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi.
Projek Seram book cover
#24

Projek Seram

GRAB

2019

SERU Azwani selalu melanggan Grab Kamarul yang kebetulan adalah rakan setingkatan di sekolah menengah dulu. Kamarul dalam diam merancang sesuatu yang buruk terhadap Azwani. Cinta palsu dan kemewahan dijadikan umpan. Sihir pula dijadikan pengantara. Rahsia terbongkar, lalu pelbagai perkara aneh lagi seram mula berlaku. Satu demi satu menerima musibah… HILANG Pemandu kereta Nissan Almera itu mengeluarkan tawa yang menyeramkan. Gembira dengan kematian yang menimpa dua orang manusia tadi. Selajur kabus tebal menyelubungi, kereta Grab itu hilang daripada pandangan. Membawa misteri yang tidak terungkai bersama. “Inilah balasannya bagi sesiapa yang menolak untuk menjadi penumpangku.”- Hantu Grab. JANUARI Kemunculan gadis berbaju kurung merah di kawasan perindustrian terbiar itu membuatkan tempat itu menjadi ‘panas’ di kalangan pemandu GrabCar sejak lima tahun lalu. Pemandu GrabCar sering diganggu saat melalui jalan itu. Anehnya, kejadian itu hanya berlaku pada bulan Januari. Bila Januari berlalu, kawasan itu kembali sunyi lagi sepi.
Projek Seram book cover
#25

Projek Seram

CINCIN

2019

“Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada ‘kuasa’ bersamanya!” / CINCIN PUAKA ZAMRUD - Aida Adia Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik seolah-olah roh bapanya tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyang yang disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rahsia atau jawapan akan maksud mimpi-mimpinya itu. Namun, setelah berjaya membuka peti lama itu, bukan jawapan yang Aryan perolehi tetapi bala pula menimpa diri serta keluarganya. Sebentuk cincin zamrud di dalam peti lama itu rupanya berpuaka dan patut dimusnahkan oleh arwah bapanya, namun tidak sempat kerana bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia dalam keadaan tragis. “Hanya yang berdarah asli dapat mewarisi cincin yang membuka dunia terhijab!” / SAKTI CINCIN - Naim Tamdjis Salim Bach berasa panik apabila dirinya diekori seorang lelaki tua yang memakai cincin batu delima. Suatu hari, dia cuba untuk melarikan diri daripada dirompak dan diselamatkan oleh lelaki tua yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Misteri lelaki tua itu terbongkar setelah Salim Bach memperkenalkan lelaki itu kepada bapanya, Malek Bach. Rupa-rupanya lelaki tua itu adalah datuknya yang ingin mewariskan cincin yang mampu membuka hijab dunia gelap. Setelah lelaki tua yang dikenali sebagai Tok Aki itu pulang, sesuatu telah berlaku apabila vampira mengganas memburu mangsanya. Akibatnya, makhluk dari dunia gelap memburu Tok Aki dan keluarga Salim Bach. Terselamatkah mereka daripada diburu oleh Warewolf, Frankestein, Casper dan Freddy The Night? “Dia hak aku!” / KHADAM - Akma Saidon Mimpi-mimpi aneh yang diterima Wanda setelah tiga bulan meninggalkan Kampung Serindit Emas sering mengganggu tidurnya. Semenjak didatangi mimpi-mimpi itu, hidupnya tidak tenteram. Dia selalu merasakan ada sesuatu yang mengekorinya. Pertemuan antara Wanda dan Seirra merungkai segala-galanya. Mampukah Wanda melepaskan diri daripada gangguan mimpi-mimpi aneh itu? Berjayakah Seirra membantu Wanda daripada terus diganggu? Tanpa sedar, ada dendam yang bersimpul di hati. Ada mata-mata ghaib yang sentiasa memerhati!
Projek Seram book cover
#26

Projek Seram

GUA

2019

Kupersembah korban yang kuseru... / KORBAN HITAM Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan mengganggu dirinya. Tidak semena-mena Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia diganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang sebuah gua. Ia mengalir di dalam urat nadi... / SUARA Jeritan suara nyaring sering mengganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka terbang ke Negara China semata-mata untuk mencari gua suara maut itu. Seorang demi seorang rakan-rakan Randy hilang setelah terdengar suara nyaring berkumandang di dalam gua itu. Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya! / JIN Karim telah ditangkap oleh tentera Jepun bagi dijadikan buruh paksa. Namun, dia berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam sebuah gua yang dikaitkan dengan kemunculan seekor makhluk yang menakutkan. Sebaik sahaja dia keluar dari gua itu, Jepun telah menyerah kalah. Tetapi makhluk itu masih mengganas. Ramai penduduk kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Dalam masa yang sama, Karim dihantui dengan penampakan aneh lagi menggerunkan. Petaka yang melanda seolah-olah tidak berkesudahan.
Projek Seram book cover
#27

Projek Seram

HUTAN

2019

YAKSHA - FAIZUL RAHIM Sejak kawan baiknya Roslee meninggal dunia, sikap dan perilaku Azmi berubah 180 darjah. Daripada suami dan ayah yang penyayang Azmi berubah menjadi seorang perengus. Keadaan semakin bertambah parah apabila seorang lagi rakannya meninggal dunia. Sejak itu juga dia sering dibayangi ketakutan yang tidak diketahui daripada mana puncanya, rakan-rakannya satu persatu bangkit menuntut pembelaan dari Azmi. Azmi terpana, dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Dia bimbang, andai gilirannya tiba. Adakah mampu untuknya bersyahadah? “SETIAP YANG BERNYAWA ADA JIWANYA” SUARA HUTAN - SUFI ABQARI Amirul dan Mika bersahabat baik. Ramai yang maklum akan keakraban mereka. Namun, realiti sebenar terbongkar ketika mereka membawa Zack melancong ke Royale Belum. Zack merupakan seorang penyanyi yang mahu mencari ketenangan setelah mengalami masalah pada peti suara. Kengerian bermula sebaik sahaja mereka mendengar suara hutan dan kemunculan bunga harum sundal malam. Satu per satu perkara ganjil dan kecelakaan berlaku. Siapakah Tijah yang dirantai dan dikurung di sebuah pondok di dalam hutan itu? Adakah Mika dan Amirul masih saling mempercayai? Apakah motif sebenar Zack? ‘MAUT MENJEMPUT TATKALA MENDENGAR SUARAKU’ PUAKA HUTAN BRINCANG - JULIE JASMIN Mizan baru pulang dari cuti semester akhir tahun universitinya. Dia gemar berjoging dan berbasikal di kawasan berhampiran Hutan Brincang. Mizan mengalami satu kemalangan kecil di mana basikal yang dinaikinya tergelincir ke jurang kecil di tepi hutan. Dia mengalami kecederaan dan sesat di dalam hutan. Kehilangan Mizan mula dicari keluarganya. Tiba-tiba Mizan muncul dengan kaki berbalut di hadapan rumah pada petang itu. Kepulangan Mizan membawa bersamanya satu rahsia yang bakal terungkap. Mizan dirasuk dan tidak sedarkan diri. Selama semalaman dia pengsan dan bermimpi berada dalam situassi di mana pembunuhan yang ngeri telah berlaku.

Authors

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 7 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
Ilya Abdullah
Ilya Abdullah
Author · 7 books

Nama lain Qurratu'ain atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Syasya Bellyna
Syasya Bellyna
Author · 3 books

Senarai Karya Syasya Bellyna 1. Terukir di Hati, Antologi Detik Terindah bersama Fair & Lovely – Feb 2014, ALaf21 & Unilever Malaysia 2. Hujan Rintik-rintik, Antologi Jiwa Kacau : Gaun Berdarah – April 2014, Alaf21 3. Semua untukmu – 2014, self-publication 4. Secantik Magical Rhododendron, Mini Novel Terpilih Resepi Cinta vol. 1 – Nov 2014, October Love 5. Ganggu, Antologi Seramshit 1.0 – Mac 2015, October Love 6. Malam Ogos, Antologi Permainan Maut – Oct 2015, Buku Prima 7. Ghaib, Antologi Seramshit 1.5 - Nov 2015, October Love 8. Wujud, Projek Seram Istana Lama – Mac 2016, Buku Prima 9. Kod, Projek Thriller Vape - 2017 10. Projek Seram Pokok - 2017 11. Projek Seram Terowong - 2017 12. Sihir - 2017 13. Kisah Seram Malam Jumaat vol. 5 -2018 14. Lambaian Bulan - 2018 etc

Maria Kajiwa
Author · 13 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved