


Books in series

#1
Projek Diet
2010
Buku ini mengisahkan misi Syuhada bagi menguruskan badan. Pelbagai misi Syuhada lakukan bagi merealisasinya impiannya. Pelbagai perkara menarik dan mencuit hati sepanjang misinya berjalan.
Antaranya adalah minum jus lemon sehingga terlebih dos, berlagak seperti anak orang kaya dengan menggunakan mesin senaman percuma, menahan makan walaupun makanan yang lazat terhidang di depan mata termasuk menyoal siasat makcik kantin mengenai tahap kolesterol setiap hidangan.
Semuanya pernah Syuhada lakukan demi mahu berdiet selepas membaca blog Ain Maisarah, penulis novel remaja pujaannya.

#2
Projek Fesyen
2011
Projek Fesyen...
Misi Nur Haness bagi menukar penampilan:
•Menggayakan pelbagai fesyen remaja gaya muslimah.
•Mencuba pelbagai fesyen ikatan tudung daripada baju nampak mahal.
•Mempelajari cara mudah dan murah menjadikan baju nampak mahal.
•Mencari aksesori pelengkap gaya yang sedap dipandang mata.
Mengisahkan watak utama, Nur Haness yang mahu tampil dengan penampilan gaya muslimah sempena Minggu Keseniaan dan kebudayaan Islam di Sekolah Sri Bangsar. Nur Haness menjadikan blog penulis pujaannya, Ain Maisarah bagi menjalankan eksperimen dalam berfesyen gaya Muslimah bagi merebut hadiah utama pertandingan, berupa tiket penerbangan ke Dubai sempena Minggu Fesyen Islam.
Pelbagai dugaan dan halangan yang menguji kesabaran Nur Haness dengan taktik kotor Cik Pah dan rakan-rakan bagi menggagalkannya dalam pertandingan itu.

#3
Projek Dekor-dekor
2013
Malunya tidak terperi, memang merah pipi! Mana hendak diletak muka lagi? Di Sekolah Sri Bangsar, tingkatan 4D diumumkan sebagai kelas terkotor selama lima kali berturut-turut. 4D kini diberi jolokan ~ Tingkatan 4 Daki. Alisha selaku ketua tingkatan, terpaksa naik pentas dan menerima hadiah penyapu tanda sindiran!
Akibatnya, guru kelas mahu membatalkan rombongan tahunan. Ugutan tersebut membuatkan Alisha berusaha menyatukan rakan-rakan mentransformasi bilik darjah!
Menjadikan blog penulis novel Ain Maisarah yang mendekorasi rumah pink sebagai rujukan, misinya menceriakan kelas dengan beberapa cadangan:
Kelas dicat, barulah berubah wajah!
Lantai dialas karpet, mampu memberi suntikan mewah.
Meja perlu berbalut, lebih unik apabila dilapik span ala-ala bantal.
Idea sudah menarik, tetapi kewangan kelas hanya ada RM5. Jadi bagaimana mahu mengubah nasib?
Alisha turut mengalami masalah bilik tidur sendiri. Almari bukunya patah dan jatuh seperti nangka busuk! Malah meja solek turut rosak menyembah bumi. Alisha perlu lakukan dua Projek Dekor-Dekor sekaligus, amboi... macam interior designer pula! Mampukah Alisha berjaya? Ikuti segalanya dalam novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah.

#4
Projek Cupcake
2013
Segalanya bermula kerana mahu menghilangkan stres. Siapa tidak stres apabila masuk ke Sekolah Sri Bangsar dan disabotaj dengan ganas? Antara yang dialami Nurul Saleha:
\- Pendaftarannya sebagai pelajar baru, disambut dengan serbuk tepung.
\- Meja dan begnya dipenuhi sampah busuk.
\- Kerusinya disalut dakwat merah!
\- Paling menekan perasaan, segala sabotaj itu dirancang sendiri oleh sepupunya, Malisa!
Mujur blog Ain Maisarah, penulis novel remaja itu menjadi penawar hati. Terinspirasi dari blog itu, timbul minat Nurul Saleha untuk membuat cupcake. Cupcake lobak merah yang dibuatnya sedap tidak terperi. Cupcake red velvet yang diadun, amat menawan hati. Minat yang pada awalnya sekadar suka-suka, bertukar menjadi hobi hingga mendapat tempahan meluas di Sri Bangsar.
Malisa semakin cemburu dan sakit hati! Kini produk cupcake buatan Nurul Saleha pula jadi sasaran. Tekanan demi tekanan menimpa, mampukah Nurul Saleha memenangi peperangan dengan sepupunya sendiri di Sri Bangsar?
Ikuti kisah manisnya cupcake, pahitnya dendam dan diselangi dengan 1001 pelan sabotaj dalam novel Projek Cupcake Ain Maisarah!
Authors

Ain Maisarah
Author · 53 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Alam Anuar
Author · 2 books
@ Hazlam Anuar