Margins
Projek Thriller book cover 1
Projek Thriller book cover 2
Projek Thriller book cover 3
Projek Thriller
Series · 5 books · 2016-2017

Books in series

Projek Thriller book cover
#1

Projek Thriller

ORGAN

2016

Definisi Organ memiliki tujuan tertentu yang saling berkait rapat antara satu sama lain dalam proses kehidupan makhluk. Organ memiliki fungsi yang berbeza. Sebagai contoh jantung tersusun dari jaringan saraf, jaringan darah dan jaringan otot. Gabungan sekumpulan organ-organ ini membentuk suatu sistem organ dimana setiap makhluk hidup memiliki organ-organ di dalam tubuhnya. 1) Zombie Tit “Aku selalu memukulmu, mengherdikmu, memakimu. Membunuh setiap impian dan cita-citamu. Malah meracuni keberanian yang cuba mekar di dalam hatimu. Hanya satu yang ingin aku ucapkan. Maafkan aku.” - Sufi Abqari. 2) Valentine Berdarah. “Organ-organ ni akan aku abadikan sebaik yang mungkin. Bukan senang untuk memancing mereka semua ke sini. Aku harus mendapatkan lebih banyak lagi agar Bandar Fussia berpenghuni. Aku tidak akan keseorangan lagi. Ha... ha... ha...” \- Ebriza Aminnudin. 3) Pemangsa “Sesiapa yang menjumpai rakaman ni tolong laporkan pada pihak berkuasa. Kawan-kawan saya dah mati. Dan saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan. Ada sesuatu yang memburu dan membunuh mereka.” \- Eqbal Mohaydeen 4) Kejam “Apabila lelaki itu tidak dapat mengawal dirinya, hanya membunuh menjadi hobinya.” - Ninie Othman
Projek Thriller book cover
#2

Projek Thriller

VAPE

2017

Definisi Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri. 1 ) Nyamuk Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad 2) Pendekar “Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh mengubah Rajawali jadi tempat yang dia impikan ya?” Lelaki yang berkot labuh dan bercerut itu melangkah sambil diapit dua orang lelaki bersenjata yang kelihatan seperti pegawal peribadinya.- Helmi Effendy 3) Alfian dan Dunia Misterius "Dalam Venom ada bahan kimia yang telah ditemui oleh saintis Barat. Teknologi ini telah bocor dan dihasilkan secara lebih murah dan banyak di China." - S.Kausari 4) Kod Dia hanya sebahagian dari ‘produk’ kami. Kod 1209 berdarah O. Kami dapat hasilkan banyak keluaran baru dengan hanya seorang manusia yang berdarah O. Budak-budak aku bawa dia ke sini semalam. Baru hari ni aku tengok dia.”- Syasya Bellyna
Projek Thriller book cover
#3

Projek Thriller

BAYI

2017

PRODIGI – Fitri Hussin Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles. Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna "Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.” Novel untuk Atikah – Resmanshah “Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!
Projek Thriller book cover
#4

Projek Thriller

UBAT

2017

Ubat: Dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati sakit. Ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik. UBETOK – NAIM TAMDJIS “Ingat, awak tak selamanya akan selamat. ALLAH itu Maha Kaya! Cukup-cukuplah tangan kotor awak membunuh orang. Jangan lagi jadi penyebab pembunuh beribu-ribu lagi pesakit kanser yang tak bersalah!” POTRET SYAPUTRA – S.KAUSARI “Kalau apa yang saya nampak bukan kerana penyakit yang saya alami, kenapa saya diberi ubat tu? Adakah untuk mengaburi mata saya tentang apa yang sebenarnya berlaku?” TABU – RESMANSHAH “Apa yang kau ingat hanyalah nama kau. Satu-satunya petunjuk yang kau ada, adalah sebuah alamat rumah di Subang Jaya. Kala seluruh Malaysia dipenuhi mayat yang sudah mula mereput dan kenderaan yang ditinggalkan kosong, kau masih bernafas!”
Projek Thriller book cover
#5

Projek Thriller

CIP

2017

1\. GODAM – Fitri Hussin SINOPSIS : Sekumpulan saintis melayu, Lokman, Saifullah dan Amran berjaya mencipta satu cip canggih yang dapat memulihkan memori pesakit-pesakit alzheimer, trauma otak, trauma perang dan sebagainya. Kejayaan mereka itu mendapat liputan luas media tempatan dan luar negara. Mereka menjadi kebangaan melayu, Islam dan Malaysia. Tetapi kejayaan itu dimusnahkan oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah blog konspirasi tempatan yang mendedahkan bahawa dana penyelidikan untuk mencipta cip itu adalah dari Nathan Rotchield, pindar kepada 13 keluarga yang menguasai dunia. Pendedahan itu menyebabkan Saifullah dan Amran dibunuh secara langsung di Facebook Live. Kes itu disiasat dan polis mendapati Lokman adalah suspek utama berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi. Sejak itu Lokman menjadi buruan pihak berkuasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah Lokman adalah pengganas seperti yang dituduh? Siapakah dalang di sebalik semua itu? Apakah tujuan dalang tersebut? 2\. PANDORA – Sufi Abqari SINOPSIS : Ted telah menyelamatkan seorang pemuda daripada mati akibat dikebumikan. Pemuda itu telah ditusuk oleh sebuah chip yang terevolusi dengan virus merbahaya. Ekoran dari itu Ted dan Adam telah pergi ke Malaysia mencari seorang lelaki bernama Ungku Azizi. Disamping menjejak kembali chip paling merbahaya yang dipanggil Pandora. Pandora telah dicuri sebaik Ted kembali semula ke Amerika. Ekoran itu dia telah dituduh sebagai pengkhianat. Dalam masa yang sama untuk menyelamatkan nyawa Adam yang terancam akibat chip di dalam tubuhnya. Di Malaysia Ted dan Adam terpisah. Adam diseksa sebelum Zaiton iaitu perisik wanita datang untuk menyelamatkannya. Ketegangan berlaku apabila Ted tidak mahu Zaiton merawat Adam. Dia beranggapan nyawa Adam akan lebih terancam ekoran zaiton telah membunuh Jamal, salah seorang perisik musuh. Sepanjang pencarian pelbagai ketegangan wujud, termasuklah sifat syak wasangka di antara mereka. Pada mulanya Ungku Azizi dituduh sebagai penjahat dan merancang segalanya. Akhirnya penjahat sebenar dikesan. Ia adalah Adam yang telah merancang dan bertindak untuk mendapatkan Pandora bagi memusnahkan populasi dunia. Dengan tujuan mewujudkan order baru dunia. 3\. MANIPULASI – Arifful Baqi SINOPSIS : Cip Utama, sejenis komponen yang mampu mengaktifkan Program Penggerak Pembasmian yang bertujuan untuk melenyapkan tamadun manusia. Wan Iskendar diburu oleh Organisasi Create dan sebuah android yang saling berebut hendak mendapatkan Cip Utama tersebut. Lebih mengejutkan, identiti sebenar Wan Iskendar ialah ‘Redzuan’ yang dikatakan sebagai pengkhianat dalam Organisasi Create. Bersama dengan Diana, Wan Iskendar cuba melarikan diri daripada diburu oleh musuh-musuhnya. Kekejaman android bernama Shaha telah berjaya meletupkan seluruh pangkalan Organisasi Create. Semua anggota Create maut terkorban dalam nahas yang berlaku. Sebaik Cip Utama berjaya dirampas Shaha, android itu berasa berang. Sebenarnya cip yang diperoleh itu adalah cip palsu. Lantas Shaha mahu membunuh Wan Iskendar kerana berani mempermainkannya. Detik perhitungan berlaku, Diana mendedahkan dirinya yang sebenar. Perempuan itu juga merupakan sebuah android yang dihantar untuk melindungi Wan Iskendar. Dia meletupkan diri sendiri untuk turut menghancurkan jasad Shaha. 20 jam kemudian, Wan Iskendar bertemu dengan seorang lelaki yang berwajah mirip dengannya. Sebenarnya, lelaki itu ialah ‘Redzuan’ yang sebenar. Dia memanipulasi semua pihak dan merangka rancangan supaya semua orang percaya bahawa Wan Iskendar ialah ‘Redzuan’ dan membuatkan Wan Iskendar diburu oleh musuh-musuhnya, sedangkan Redzuan yang sebenar berada di tempat lain. Setahun kemudian, Wan Iskendar memilih untuk menjadi ahli perisikan. Tugasnya adalah menangkap individu terakhir yang masih melakukan kejahatan atas nama Create.

Authors

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 9 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
Syasya Bellyna
Syasya Bellyna
Author · 5 books

Senarai Karya Syasya Bellyna 1. Terukir di Hati, Antologi Detik Terindah bersama Fair & Lovely – Feb 2014, ALaf21 & Unilever Malaysia 2. Hujan Rintik-rintik, Antologi Jiwa Kacau : Gaun Berdarah – April 2014, Alaf21 3. Semua untukmu – 2014, self-publication 4. Secantik Magical Rhododendron, Mini Novel Terpilih Resepi Cinta vol. 1 – Nov 2014, October Love 5. Ganggu, Antologi Seramshit 1.0 – Mac 2015, October Love 6. Malam Ogos, Antologi Permainan Maut – Oct 2015, Buku Prima 7. Ghaib, Antologi Seramshit 1.5 - Nov 2015, October Love 8. Wujud, Projek Seram Istana Lama – Mac 2016, Buku Prima 9. Kod, Projek Thriller Vape - 2017 10. Projek Seram Pokok - 2017 11. Projek Seram Terowong - 2017 12. Sihir - 2017 13. Kisah Seram Malam Jumaat vol. 5 -2018 14. Lambaian Bulan - 2018 etc

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved