Margins
Pulang Dalam Senja book cover
Pulang Dalam Senja
Nil ., Osman Deen, Elvroseth, and more
2026
First Published
4.00
Average Rating
488
Number of Pages

Kampung Senja kelihatan biasa saja, dengan rumah kayu dan rumah batanya yang telah bercampur aduk, dengan pohon-pohon kelapa dan rimbun bunga kertas di tepi jalan utama dan penduduk-penduduknya yang telah melalui banyak kehilangan. Mungkin kerana di Kampung Senja, kata-kata tidak terungkap dan perasaan yang belum selesai menjumpai jalan pulang. Pelbagai kejadian menghurung penduduk kampung ini, yang mengundang kehilangan dan duka tidak terperi. Setiap zaman, membawa cerita yang berbeza. Kes kematian budak yang hilang, kejadian pembunuhan demi pembunuhan yang kejam dan keluarga yang terpisah tanpa menerima khabar mereka yang sudah lesap tiba-tiba. Setiap kematian, tidak tiba di noktah yang sepatutnya… jika bukan kerana sebuah pejabat pos di hujung kampung. Di pejabat pos ini, surat merentasi masa dan ruang. Dan berdiri di dalam pejabat pos ini ialah Fajar, pemiliknya. Hanya surat-surat yang tersusun di dalam peti-peti pejabat pos itu yang telah menjadi saksi, yang melegakan duka yang bersarang lama dan yang kunjung tiba walau tidak disangka dapat memberikan jawapan.

Avg Rating
4.00
Number of Ratings
1
5 STARS
0%
4 STARS
100%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Nil .
Author · 1 book
Nil Kuhaku, Malaysian writer
Osman Deen
Osman Deen
Author · 12 books

Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Jadi kalau awak pun suka cerita yang saya tulis, sudi-sudilah baca yang lain juga! Boleh juga start Discussion atau ask a Question, buat masa sekarang besar kemungkinan saya akan jawab weeee.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved