Margins
Puyan Jelepek book cover
Puyan Jelepek
1995
First Published
4.33
Average Rating
293
Number of Pages
Antologi cerpen dan sajak menghimpunkan 16 buah cerpen dan 20 buah puisi/sajak yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Public Bank 1994.
Avg Rating
4.33
Number of Ratings
3
5 STARS
33%
4 STARS
67%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

S.M. Zakir
S.M. Zakir
Author · 19 books

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Imlan Adabi
Imlan Adabi
Author · 1 books

Imlan Adabi atau nama sebenarnya, Mazlan Ismail berkelulusan The Royal School of Music, London. Beliau memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dengan puisinya, Kota Tinggi. Pada 1984, beliau memenangi Hadiah Puisi PEMADAM dengan karyanya bertajuk Nota Kecil Buat Kawan. Imlan Adabi juga memenangi Hadiah Puisi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1991. Imlan Adabi berpengalaman sebagai Editor di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, sebelum berhijrah ke Berita Harian (BH) sebagai Sub Editor. Kini beliau ialah Penulis Khas BH dan juga menulis untuk Kolum Analog yang mengupas isu kemasyarakatan dan kebudayaan.

Haji Ali Haji Ahmad (Nora)
Haji Ali Haji Ahmad (Nora)
Author · 4 books

Nora dilahirkan pada 28 Jun 1930 di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor dan mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Sungai Mati dan lulus darjah V tahun 1941. Selain sekolah agama, Nora juga bersekolah Inggeris hingga lulus darjah V. Bidang penulisan telah menangkap minatnya. Dengan menggunakan nama Nora, mereka yang tidak mengenalinya menganggap Nora adalah seorang penulis wanita. Tetapi ada ketikanya juga dia menggunakan nama Teratai. Bagaimanapun nama Nora sudah sebati dengan dirinya malah menenggelamkan namanya yang sebenar. Walaupun pernah menganggotai pasukan polis tahun 1951, beliau tetap mahu terus menulis. Kerana penulisan juga dia didakwa melanggar peraturan polis dan akhirnya diberhentikan tahun 1957. Nora menganggotai keluarga Utusan Melayu yang terkenal sebagai perkampungan sasterawan sejak sebelum merdeka pada 1961 sehinggalah tahun 1982. Selepas meninggalkan Utusan Melayu, Nora menyertai Al Arqam, kebetulan pula ketika itu merupakan zaman awal pertubuhan itu sekaligus membuatkan Nora perlu banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk Al Arqam. Tetapi yang disumbangkan Nora kepada Al Arqam jauh lebih besar daripada yang diberikan oleh pertubuhan itu kepada Nora. PENULISAN Melalui penulisan, Nora memperlihatkan prihatin terhadap golongan bawahan yang kerap ditindas oleh sistem sosial dan ekonomi yang dibuat oleh golongan kapitalis. Daripada karya-karyanya, baik novel atau cerpen, perjuangannya menyedarkan golongan bawahan yang tertindas sangat ketara. Semua ini terpancar selepas cerpen pertamanya, Mengingat Si Hitam Manis disiarkan dalam majalah Utusan Filem dan Sport tahun 1955. Sementaran tahun 1960-an pula dianggap kemuncak Nora dalam penulisan apabila hampir semua majalah dan akhbar menyiarkan karya cerpennya. Antara cerpennya yang terhebat ialah Keranda Minda Diusung, Lapar, Pelacur Tua, Di Tengah Kota dan beberapa lagi yang dimuatkan dalam antologi Bayang Di Kepak Senja. Selain cerpen, novellah yang melonjakkan nama Nora sebagai sasterawan. Novel pertamanya Puntung Hanyut diterbitkan oleh Pustaka Antara tahun 1965, kemudian menyusul Gelodak (1968), Gelanggang (1975), Kemarau Di Hujung Daun (1976), Seribu Musim Kering (1980), Uzlah (1980) dan Ufuk Timur (1986). Nora juga menghasilkan memoir berjudul Di Tengah Kota yang merakamkan perjalanan hidup yang pelbagai warna, dari kampung hingga menjadi warga di kota Kuala Lumpur yang sangat mencabar. Pada tahun 2005, beliau telah terpilih sebagai Penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Darul Ta'zim Kelima 2005. Beliau menutup usia 82 tahun pada 7 April 2012 kerana sakit tua. Walaupun penulis generasi baru sesetengahnya tidak mengenali Nora atau karyanya, tetapi tahun 1960-an hingga 1980-an, adalah kemuncak Nora sebagai sasterawan. Artikel asal oleh Ku Seman Ku Hussain: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.... © Utusan Melayu (M) Bhd

Sri Diah
Sri Diah
Author · 1 books
Nama sebenar Radhiah bte. Shaharuddin. Tinggal di Kuala Lumpur. Nama Suami: Ahmad bin Saabun. Jumlah Anak: 3 Orang (Anis Khalilah bte. Ahmad – 13 tahun; Anas Iqbal bin Ahmad - 10 tahun; Anas Suhaimi bin Ahmad - 7 tahun). Jawatan: Senior Editor di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Alamat: Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Akademik: Sekolah Rendah Jalan Pasar 2 (Pudu); Sekolah Menengah Putrijaya (Pudu) – SRP; Sekolah Menengah Aminuddin Baki – SPM; Universiti Sains M’sia - Pengajian Seni Kreatif. Pengalaman Bekerja: 1982 – 1983 Pembantu Farmasi; 1983 – 1984 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS); 1985 Editor Buku di Karya Bistari KKSB; 1985 - 1987 Penyunting di akhbar Bacaria; 1987 - 1990 Editor di akhbar Bacaria; 1990 - 1977 Editor di majalah Nona; 1997 – 2000 Managing Editor di majalah Mingguan Wanita; 2000 - Editor Kanan. Kerjaya di Kump. Karangkraf Sdn. Bhd: Memulakan kerjaya di KKSB sejak 1984; Kini bertugas sebagai Managing Editor dan sekali gus menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Penerbitan KKSB bagi merangka, mengkaji dan melaksanakan kepentingan serta aspirasi syarikat. Kini mengendalikan 30 majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved