Margins
Raja Kesatria book cover
Raja Kesatria
Hijab Raja Zulqarnain
2017
First Published
4.43
Average Rating
512
Number of Pages

NOVEL IBRAH SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal MACEDONIA ALEXANDER AGUNG Hijab Raja Zulqarnain. Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama. Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia. Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

Avg Rating
4.43
Number of Ratings
7
5 STARS
57%
4 STARS
29%
3 STARS
14%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Web Sutera
Web Sutera
Author · 3 books

Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding. Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd. Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Raja Kesatria