
Koleksi 15 cerita pendek yang ada pelbagai coretan kisah kehidupan. Ada pahit. Ada manis. Ada getirnya kalau boleh tak mahu kita harung. PILIHAN. SEPARUH. SYUKUR. MELEPASKAN. LUPA. BOOMERANG. TAKDIR . MEMORI. NIAT. RAHSIA. JODOH. PEMERHATI. CINTA MAMPU MILIK. CINTA SEMANIS RIBENA. CINTA ITU ADA Azrin Rusdan : Karya LD rugi tak beli. WAJIB beli. Sebab kalau manis bergula-gula dia ada stail tersendiri. Kalau misteri berkabus-kabus pun tetap ada stail sendiri. Tak sama dgn penulis lain. Nor Hayati : Ya karya Lynn Dayana mmg ada auranya yg tersendiri.….. Neuron? bersimpul mencari solusi. Sue Ahmad: Pakej sekali gula. Manis. Shai : Dialognya saling terikat, sweet and saccharine. Sakitnya tulus, marahnya jelas, gembiranya terasa. It's wit without the need to be sardonic.
Author

Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.