Margins
Rapuh book cover
Rapuh
2024
First Published
3.71
Average Rating
699
Number of Pages

Buat semua pencinta kisah cinta yang sakit, terimalah… Menggalas beban rasa bersalah kerana menjadi penyebab satu nyawa melayang, satu lagi hidup dalam khayalan dan yang lainnya berantakan, ia menjadi suatu perkara yang sukar buat seorang Mahfuzah. Kata mereka, manusia sepertinya tidak layak bahagia. Tetapi, dia tetap hidup walau ditemani derita sehinggalah dia bertemu dengan Luth, seorang pemandu e-hailing dalam suatu perjalanan yang tidak dirancang; membuatkan Mahfuzah merasakan, dia berhak untuk bahagia, walau seketika. Namun, perjalanan itu tidak mudah. Keinginannya untuk bahagia pasti akan membuatkan Luth merana. “Apa-apa jadi pada saya depan hari, saya nak awak selamatkan diri awak dulu....” - Mahfuzah “Saya akan jaga cik puan dan saya akan jaga diri saya sendiri juga. Itu adalah tugas saya.…” – Luth Luth berpegang kepada janjinya. Dia menjaga Mahfuzah seperti yang tertulis di dalam kontrak. Tetapi, bagaimana untuk menafikan rasa bila perasaannya mencacah kontrak lain di hati? Iaitu rasa mencintai. Padahal, mereka ada orang lain yang sedang menanti. Kerana masa itu sifatnya misteri, takdir terus berputar untuk mereka terus ada bersama berpayungkan satu perjanjian yang menyakitkan. “You are right. I need a son. Let’s sign a contract, Encik Luth...” - Mahfuzah “I am much obliged, cik puan ...” - Luth Kerana sudah tidak terdaya menyaksikan terlalu ramai yang terkorban dan menderita, Mahfuzah menamatkan perjanjian dengan cara yang paling kejam. Luth jatuh menekur ke lantai takdir. Mencuba untuk mempertahankan ikatan yang dibalut syarat. Dan, seperti nama mereka, dia berharap jodoh yang telah ditempa di Luh Mahfuz sana, terus kekal hingga selamanya.

Avg Rating
3.71
Number of Ratings
28
5 STARS
18%
4 STARS
46%
3 STARS
29%
2 STARS
4%
1 STARS
4%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved