Empat puteri dongeng telah tumbang. Empat artifak ritual berjaya dikumpul. Selepas deretan kes ngeri Cinderella, Snow White, Little Mermaid dan Sleeping Beauty, Ariel Mikael sedar pembunuhan dalam bandar itu bukan lagi kebetulan. Semua kematian mengikut skrip dongeng klasik...dan semuanya menuju ke satu penghujung yang telah pun ditulis. Kali ini, bandar digemparkan dengan kemunculan pembunuh bersiri yang digelar Rapunzel Killer. Mangsa-mangsanya gadis berambut panjang dan cantik, ditemukan mati dengan rambut dipotong kemas... seolah-olah dijadikan trofi. Di papan penyiasatan, benang-benang merah Ariel semakin bersilang dan menjerut. Empat artifak lama kembali menghantuinya, seolah-olah memberi petanda bahawa Ratu hanya menunggu artifak kelima untuk membuka ritual abadi di bawah cahaya bulan penuh. Dalam perlumbaan yang makin kejam antara waktu dan darah terakhir, Ariel menjejaki Ratu dari lorong gelap hingga ke menara tinggi tempat yang disimbah cahaya bulan. Setiap rahsia, setiap korban dan setiap dongeng berdarah akhirnya bertemu. Siapa sebenarnya Ratu? Siapa yang mengawal permainan dan siapa yang sebenarnya jadi korban terakhir? Ariel Mikael hanya ada satu peluang untuk menamatkan ritual. Jika dia gagal, dongeng terakhir ini akan menjadi yang paling berdarah.